Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Logo 20 SBT 2010

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

beliamuda: Baru tahu Sekolah Sains Alam Shah dan Sekolah Sultan Alam Shah adalah dua entiti berbeza.

Disunting semula daripada Utusan Malaysia Online

107 thoughts on “Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

  1. pasai apa Kolej Sultan Abdul Hamid tak tersenarai.rasanya sekolah ni lagi hebat sebab dah lahirkan 2 bekas perdana menteri…tunku abdul rahman n tun mahathir…tak ada KSAH Malaysia tak macam hari ni….

      • Kolej Sultan Abdul Hamid melahirkan “MANUSIA” yg mampu melakukan revolusi mengubah masyarakat bukannya spt sekolah2 lain yg hanya melahirkan robot2 dan binatang2 cerdik yg pandai dan cemerlang dari segi akademik tapi gagal untuk memimpin masyarakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge