Dapat Juga Lesen Memandu P (3)

Salam sejahtera buat semua.

Lesen P

Sambungan daripada bahagian kedua, Tangguh Ambil Lesen Memandu Buat Sementara Waktu

Sekembalinya daripada cuti semester untuk kali pertama, aku sempat sambung balik untuk latihan lapan jam. Untuk motor, aku buat di cawangan Yakin Pandu yang dekat dengan rumah aku je. Cuma yang kereta tetap kena buat di Pengkalan Chepa. Letih jugak la kena ulang-alik. Keluar awal pagi, balik lewat petang.

Dalam lapan jam latihan tu ada beberapa kejadian yang tidak boleh dilupakan. Biasa la kan. Budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. Salah imbang masa naik titi, jatuh la jawabnya. Silap hari bulan kereta mati masa nak turun bukit. Hehe…

Sepanjang aku bawa kereta untuk latihan lapan jam, tak pernah kereta yang aku pandu tu bergerak turun ke belakang balik atau enjin mati masa nak turun. Memang nasib baik gak la. Cikgu dah ajar betul-betul, kita praktik betul-betul je la apa yang diajar. Cuma masa kali terakhir yang dipanggil penilaian sebelum ambil test dengan JPJ tu je aku terundur balik. 😛

Yang parking tu ok je. Takde langgar tiang ke apa semua tu. Tapi, macam-macam adegan pelik boleh tengok, baik masa latihan ataupun masa test dengan JPJ. Masuk tak lepas-lepas la. Bumper belakang langgar tiang ke. Memang rugi la kalau kena tiang sikit je.

Bila masuk yang kena buat pusingan tiga pepenjuru, rasanya ni la yang paling senang dalam bahagian kedua untuk latihan kereta. Cuma masa aku buat latihan, ada seseorang ni dia tertekan minyak masa pusingan pertama. Nasib baik tayar sangkut dengan besi yang ada kat atas tar tu. Kalau tak, maunya straight je langgar bangunan tempat pelajar-pelajar ni duduk.

Bahagian ketiga iaitu masa jalan raya takde masalah sangat. Jalan kat tempat aku belajar tu kiranya agak lengang sebab tu kawasan perindustrian. Tapi ada la jugak masa enjin mati kat lampu isyarat. Jangan marah ya orang belakang. Haha…

Pengakhiran untuk lesen kereta, sekali test je dah lulus. Kisahnya berbeza sikit dengan motor. Ngeh3. Kena ulang test sekali lagi. Gagal bahagian ketiga.

Bahagian ketiga ni kiranya sama cam jalan raya la. Yang bahagian kedua; bulatan lapan, titi dan brek kecemasan tu semuanya ok. Entah macam mana boleh fail lak bahagian ketiga ni. Selalunya orang fail bab titi ke. Lagipun, yang titi ni cikgu dah bagi tip macam mana nak imbang betul-betul.

Selama ni, kalau naik titi tu mesti nak tengok bawah. Kalau tengok bawah, mesti la rasa gayat sikit. Lepas tu, mula la goyang-goyang. Akhirnya, jatuh titi. Cara nak lalu dengan selamat tu mudah je, iaitu pandang depan dan jangan pandang bawah. Fuh, rilek je seberang titi lepas tu.

Yang paling lawak dalam proses nak ambil lesen ni masa ujian kali kedua untuk motor tu la. Masa tu semua orang dah balik. Pelajar repeat memang dia buat lewat. Tapi hari tu awal pulak test habis. Punya la berkejar aku ke Yakin Pandu.

Masa test repeat tu, aku sorang je amik. Kesimpulannya, polis tu kasi lulus lepas tanya beberapa soalan. Padahal rasanya yang kali kedua tu lagi teruk kot. Soalan apa dia tanya? Hehe. Itu rahsia beb.

beliamuda: Hari aku dapat lesen P tersebut ialah pada 8 Januari 2008. Lebih setahun aku ambil masa untuk siapkan latihan memandu iaitu daripada akhir Disember 2006. Sudah dua tahun berlalu sejak aku dapat lesen P tersebut. Jadi, apa maknanya sekarang setelah dua tahun berlalu? 😀

14 thoughts on “Dapat Juga Lesen Memandu P (3)

  1. samala aku…….arini fail test motor……cedih saangat….jatuh di titi..sedahla 2..hset plak masuk air…….aperla nasib..hekhek…ape2 pun bestla bace citer nie

  2. hello.. aku nak minta tips ble tk tdi pg aku ada ambik ujian tet jpj memang tkt giler tau msa naik bukit bnyak org fail wah makin tngok makin tambah la jantung ku bergoncang sampai giliran aku plak msa aku test bnyak org konplain keta test nya tak bgus tpi entala msa aku plak naik bukit dan berhenti di garisan kuning tpi keta ada jatu msi jgak di posisi tpi htiku mcm rasa ragu tnya ngan jpj tu kan buat tak tau jd aku turun tnya balik nak buat balik ke jpj tu tak jwp buat tak tau jd aku pun buat la terus dia kata aku da fail tdi lg heran la rasa mcm tak puas hati tau bukan saja ramai lg bla kami tanya ok ke dia cakap npe tnya pakai mata awk la tengok awak ingat sya ni pengajar awk ke saya tester adaka patut mcm ni awk rasa patut ke? atau mungkin silap sya. hmmm

    • @Raiza, yup. Kalau dah ada P, boleh je bawa dengan penumpang. Hanya motor sahaja yang tak boleh bawa penumpang (dengan lesen L). Kalau P, dah boleh bawa.

      ps: Lesen L, tak boleh drive kereta atas jalan ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge