Putus Jari Kaki, Patah Tulang Pipi dan Patah Tengkuk

Salam sejahtera buat semua.

Apakah persamaan ketiga-tiga perkara di atas? Yang saya tahu, ianya sangat menyakitkan dan patah tengkuk maknanya ajal dah sampai. Serius sangat sakit kalau ada kecederaan berkaitan tulang.

Paling kurang pun, terhantuk kepala dekat dinding ke, itu pun dah jadi sangat menyakitkan. Masa kecik-kecik dulu selalu juga terhantuk. Paling teruk pun terhantuk kepala dengan sepupu masa main kejar-kejar sampai berdarah hidung.

Tapi, kalau terjadi putus jari kaki ke, patah tulang pipi ataupun patah tengkuk ke, tahap kesakitan tu dah mencapai tahap maksimum. Kita yang membayangkan pun terasa ngeri yang amat.

Putus Jari Kaki

Dalam akhbar Metro ada berita mengenai nasib adik Mohd Farisz Daniel yang putus jari kakinya. Kejadian yang menyedihkan ini berlaku hampir dua bulan lalu.

Mohd Farizs Daniel

Asalnya, jari kaki dia terhentak meja guru (tak boleh bayang macam mana sakitnya tu). Masa ni tak putus lagi. Tapi, urat-urat dalam jari kaki tu dah putus dan mati masa pergi jumpa doktor. Jari kaki itu sudah tidak boleh diselamatkan dan dinasihatkan untuk dipotong, tapi ibu bapa adik Mohd Farisz Daniel tidak bersetuju.

Sebulan kemudian, jari kaki tersebut putus semasa dia sedang bermain. Menangis jugakla budak tu dan meminta jari kaki tu disambung. Tak boleh bayang betapa pilunya perasaan ibu dia masa adik Farisz minta dipasangkan balik jari kaki yang putus tu.

Patah Tulang Pipi

tiger wood and wife

Ni pulak kisah Tiger Wood. Mengikut berita yang dilaporkan, dia telah patah tulang atas pipi kanannya. Ni semua hasil dia dibelasah oleh isterinya dengan batang golf.

Fuh, sakit giler tu. Sampai gigi boleh patah dua batang. Ni semua gara-gara dia terkantoi sms dengan awek lain. Padan muka. Lepas tu la muncul berita Tiger Wood kemalangan.

Patah Tengkuk

Dalam kemalangan Bas Ekspress Sani tempoh hari, kebanyakan mangsa yang mati adalah disebabkan batang besi penghadang jalan yang menusuk masuk ke dalam bas. Batang besi ni la yang telah mematahkan tengkuk mangsa-mangsa dalam kemalangan tu. Al-Fatihah untuk mangsa yang beragama Islam.

Terfikir, kalau bas setingkat, kemungkinan kecederaan dapat dikurangkan sebab paras besi yang masuk ke dalam bas dua tingkat tu adalah tempat simpanan beg bagi bas ekspress setingkat. Mungkin perkhidmatan bas ekspress dua tingkat adalah tidak sesuai.

beliamuda: Apakah perasaan seorang pemandu yang mengekori sebuah lori kecil tapi membawa muatan setinggi bas dua tingkat di Lebuh Raya Timur-Barat? Gerun beb!

[Gambar diambil daripada Harian Metro]

14 thoughts on “Putus Jari Kaki, Patah Tulang Pipi dan Patah Tengkuk

  1. ari tu aq balik kampung naik bas,bas tu dah mcm nak roboh,pastu bawak laju2,bolehlak tu potong kerete,aq dah baca mcm2 doa dah mase tu.kecut perut aq!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge