Salam sejahtera buat semua.

Masihkah kau bermimpi nak kahwin dengan anak raja? Kau lelaki kalau nak berangan pun, kenapa kau nak kahwin dengan anak raja? Bukan kau dapat jadi raja pun kan?
Lain la kalau kau tu perempuan. Kau masih ada peluang jika kau kahwin dengan anak raja. Kau ada peluang untuk menjadi seperti puteri. Mungkin juga kau ada peluang untuk jadi permaisuri.
Oh lelaki. Inilah nasib kita. Hehe. Saja mengarut sikit-sikit. Dalam sejarah kesultanan moden di Malaysia, rasanya sangat sedikit yang berpeluang untuk berkahwin dengan anak raja (merujuk kepada rakyat jelata biasa).
Yang paling terkenal mestilah Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman yang menjadi isteri kepada Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah. Pernah menjadi Permaisuri Agong semasa suaminya menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Hari ini, saya tahu satu nama lagi yang telah berkahwin dengan orang Istana. Bukan sebarang anak Raja, tetapi Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra . Namanya, Elia Suhana Ahmad.
Al-kisahnya, hal ini jatuh kepada pengetahun umum setelah timbul misteri wanita yang melawat baginda Sultan di Hospital Mount Elizabeth pada 4.20 pagi, 8 Oktober lalu.
Jadi, masihkah ada yang berangan nak kahwin dengan anak raja? Daripada nama Elia Suhana tu, rasanya dia rakyat biasa sahaja…
beliamuda: nenek ku kahwin dengan anak Raja… Rajagopal? 😛
[Gambar daripada Utusan Malaysia]
Leave a Reply