Satu Nama Yang Menjadi Cacian

Salam sejahtera buat semua.

Fallen Eagle

Pedih hatiku. Sakit hatiku. Kadang-kadang aku terasa marah. Bukan mudah aku terasa begini. Walaupun hampir menitis air mata, aku tetap tahan. Aku perlu tabah, walaupun ada satu lagi nama yang aku kenal turut dicaci, nama yang itu memang aku akan menitiskan air mata.

Kau apa tahu? Kau tak tahu kan? Baik kau diam sahaja!

Saban masa, namamu menjadi cacian. Orang pandang perbuatanmu semuanya salah. Tapi kau tahu kan. Masih ramai ada di sisi walaupun ramai juga yang mahu lari daripadamu.

Aku tidak dekat denganmu. Tapi aku juga tidak jauh denganmu. Namun, aku lebih tahu tentangmu daripada manusia sampah yang mencaci dirimu. Walaupun ada juga yang tahu tentang kamu, tapi mereka tetap mencaci. Aku fikir, mereka itu sudah menjadi najis.

Semakin dalam aku fikir, dada semakin sesak. Kau tahu kenapa?

Aku sebenarnya hiba. Entah masih adakah insan yang merasa hiba seperti ini. Kau beruntung. Ada insan yang betul kenal akan dirimu, masih setia di sisi.

Aku kira, aku juga mahu persetankan mereka-mereka itu. Tapi, aku tahu salahnya ada di pihak aku juga. Aku telah menjadi reaktif. Bukannya proaktif.

Selalu juga manusia ini bertopeng. Baru aku tahu makna peringatan sahabatku. Mereka yang tidak mengenal mudah sahaja mencaci dirimu. Sekali lagi aku kira, keputihan sebenar sahaja yang mampu menilai. Ilmu itu boleh dicari, tapi yang satu itu, ianya diberi. Kamu beruntung.

Inilah kali kedua aku menulis tentang kamu. Walaupun yang pertama itu aku tinggalkan sebagai nukilan peribadi, aku kira yang ini boleh jadi alat untuk memperingati kau semua.

beliamuda: Maaf, aku juga tahu beremosi. Kau yang tidak tahu sepatutnya diam!

9 thoughts on “Satu Nama Yang Menjadi Cacian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge