Kisah Pak Cik Tua Yang Selamba

Salam sejahtera buat semua.

Tersebutlah kisah, pak cik tua yang selamba. Hidupnya sangat selamba. Lagaknya memang selamba. Semua yang melihat pun tahu pak cik tu sangat selamba. Oh pak cik tua, kamu sebenarnya memang selamba.

Saya pun tak tahu lah betul ke penggunaan istilah selamba dalam konteks ni. Nak kata selamba, perlakuan tu sebenarnya dah jauh sekali dari selamba. Tapi, kalau tengok daripada riak muka pak cik tu, rasanya semua akan kata pak cik tu pak cik tua yang selamba.

Kisah 1

Kejadian ni berlaku hampir enam bulan lalu. Pada masa tersebut, kami sekeluarga dalam perjalanan ke Melaka. Kami mengambil jalan yang menghubungkan Kuala Berang-Kuantan.

Rasanya, tempat kejadian tersebut di Kuala Berang. Di suatu jalan yang lurus, macam biasa la kan, kereta akan memecut. Tanpa diduga, di suatu jalan, seorang pak cik tua dengan selambanya melintas dengan motor.

Kalau dia memecut tu boleh tahan la jugak. Tapi bawa motor tu dengan penuh selamba je. Yang kereta kami ni dah mula membrek sambil mengehon pak cik tua tersebut. Malangnya, pak cik tua tersebut buat rilek je.

Nasib baik kereta sempat mengelak motor pak cik tua tu. Lagi nasib baik tiada kereta mengekori di belakang.

Kisah 2

Kejadian yang hampir serupa. Tapi kali ni situasinya lagi berbahaya. Semasa dalam perjalanan pulang daripada Pulau Pinang, melalui jalan Tanah Merah-Machang, di suatu simpang empat.

Walaupun tu simpang empat, tidak terdapat lampu isyarat di kawasan tersebut. Pada masa tu, kereta kami sedang memecut melalui jalan tu. Berdekatan dengan simpang empat tu, semua kereta yang ingin memasuki atau melintasi jalan raya itu akan berhenti.

Namun, seorang pak cik tua yang menaiki motor, baru sahaja berhenti di simpang empat tu untuk pergi ke seberang jalan. Tidak semena-mena dia menggerakkan motornya. Kereta kami yang datang dari arah Jeli terpaksa la dibrek dalam keadaan mengejut sambil hon dibunyikan.

Pak cik tua tu buat rilek pulak. Pemandu kereta lain yang berada di seberang hanya mampu mengeleng kepala masing-masing. Kebetulan ada kereta Proton Saga yang laju memecut dari belakang. Pemandu kereta tu tak perasan pun pak cik tua tu.

Nasib baik masa kereta tu memotong kereta kami, pak cik tua tu dah selamat tiba ke seberang jalan. Kalau tak, tak tahu la apa akan jadi…

beliamuda: Oh pak cik tua, sungguh selamba perbuatan kamu. Jangan nanti ada yang menyesal sudah la.

19 thoughts on “Kisah Pak Cik Tua Yang Selamba

  1. sendiri bawa kereta sendiri mau ingat la.. bukan salah sape2.. yg lintas tu salah die la…

    tapi kalu folo motor slow.. ape hak kita nk suruh die laju or ketepi kalo jln sempit..

    die pn bwk kenderaan die gak kalau folo lori yg perlahan

    xnk pulak kita hon2 kn?

    • @jeb, follow motor tu lain citer la.. ni pasal pak cik tu lintas tetibe je.. padahal dia yg kene berhenti sebab dia nak cross jalan. kalau cross laju boleh tahan la jugak, tapi dia cross slow n selamba lak tu..

  2. situasi ak best gak wei… tgh2 pecut laju2, dia pi lintas naik BASIKAL TUA x tgk kiri kanan.. dsbbkan mengelak, kete aku pulak terbabas kat kiri jalan (kebetulan pulak kiri jalan tu kubur.. hehe)…

    alhamdulillah xde org kat tepi n xde kete kat blkg.. pakcik tu buat x heran je… adei.. selamba2.. moral of the story: tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.. huhu
    .-= faris´s last blog ..The Virtues of Muharram and ‘Aashooraa’ =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge