Foto Paling Besar Dengan Resolusi 26 Gigapixel

Salam sejahtera buat semua.

Dresden Panorama View

Gambar Panorama Dresden, Jerman

Penggemar DSLR, fotografi dan seangkatan, ini adalah rekod dunia berkaitan dengan foto. Nak tahu berapa resolusi gambar paling besar dalam dunia ni? 26 Gigapixel! (297500 x 87500 pixel). Bukan kecil saiz ni. Tiada kamera dalam dunia ni yang boleh ambil gambar sebesar ni kan.

Gambar panorama tersebut diambil dengan kamera Canon 5D Mark II + 400mm-lens dan dihasilkan dengan gabungan gambar format penuh sebanyak 1665 keping yang bersaiz 21.4 megapixel setiap satu. Kesemua gambar tersebut dirakam oleh photo-robot dalam masa 172 minit (2.87 jam).

Video ringkas mengenai gambar tersebut

Bayangkan, proses nak gabungkan gambar tu memerlukan jumlah memori (RAM) yang besar dan ruang untuk menyimpan semua gambar tu sekali. Sebuah komputer dengan pemproses dual xeon (16 pemproses), RAM bersaiz 48 GB dan ruang storan 4.5 TB dibuat khas untuk kerja-kerja suntingan akhir. Masa untuk menyiapkan gambar tersebut ialah 94 jam dengan saiz gambar akhir 61 GB!

Untuk melihat gambar tersebut, anda boleh melawat laman Dresden 26 Gigapixel dan jangan lupa untuk zoom sehabis-habisnya.

beliamuda: Nak gabung lima keping gambar yang diambil dengan kamera kompak 10 MP pun dah berat dengan laptop biasa (RAM 1 GB, Core 2 Duo), apatah lagi dengan 1665 keping gambar yang dua kali ganda saiznya.

Comments

15 responses to “Foto Paling Besar Dengan Resolusi 26 Gigapixel”

  1. aman Avatar

    pergh….bapak besor nyer…dasat giler. komputer aku, just hdisk baru 40gb jer. huuaaaaa~
    .-= aman´s last blog ..Opera 10.5 Membawakan Pelbagai Fungsi Baru =-.

  2. Mus Avatar

    pasti meletup leaptop aku kalau buat benda ni!
    .-= Mus´s last blog ..Adat Perkahwinan Kaum Bisaya Daerah Beaufort Sabah =-.

  3. aidi-safuan Avatar

    mak aih…xingat punya besar.
    xde kerja
    .-= aidi-safuan´s last blog ..The truth is always ugly. But then, who cares? =-.

  4. ariff Avatar

    this is madness.

    wah. hari ni banyak giler post ko
    .-= ariff´s last blog ..What’s Up With Hidup Berani Untuk Gagal =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, ada peluang, tulis je…

      1. naz Avatar

        @beliamuda, ekeke. mcm blog berita semasa dah skunk. ekeke
        .-= naz´s last blog ..Digital wallpaper =-.

        1. beliamuda Avatar

          @naz, aku pun rasa cam tu gak… haha.. habis tenggelam benda yang aku betul2 nak tulis… -_-“

  5. Syazwan Zubir Avatar

    haha..melampau tol! =D
    .-= Syazwan Zubir´s last blog ..Mercedes GP Petronas Formula One Team =-.

  6. Melz Avatar

    nie kalau masuk lappy aku , kompem terburai miahaha
    .-= Melz´s last blog ..Link Exchange =-.

  7. EmatNgage Avatar

    Wau,cantiknya…!

    aku nak beli r kamera dia tu..!!

    Boleh skodeng..!hihi..

    1. beliamuda Avatar

      @EmatNgage, ceh, bahaya tol ni…

  8. azizan4444 Avatar

    bole thn..mmg bsr…haha..mntap die ni

  9. Shahrin Avatar

    uiiihhhhh… besoorrrrr tuuuu…..
    .-= Shahrin´s last blog ..Wallpaper Siri Ketiga =-.

  10. diaien Avatar

    fuhh besar gila tu. diorang ni memang gila la
    .-= diaien´s last blog ..Autoresponder murah dan bijak =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge