Foto Paling Besar Dengan Resolusi 26 Gigapixel

Salam sejahtera buat semua.

Dresden Panorama View

Gambar Panorama Dresden, Jerman

Penggemar DSLR, fotografi dan seangkatan, ini adalah rekod dunia berkaitan dengan foto. Nak tahu berapa resolusi gambar paling besar dalam dunia ni? 26 Gigapixel! (297500 x 87500 pixel). Bukan kecil saiz ni. Tiada kamera dalam dunia ni yang boleh ambil gambar sebesar ni kan.

Gambar panorama tersebut diambil dengan kamera Canon 5D Mark II + 400mm-lens dan dihasilkan dengan gabungan gambar format penuh sebanyak 1665 keping yang bersaiz 21.4 megapixel setiap satu. Kesemua gambar tersebut dirakam oleh photo-robot dalam masa 172 minit (2.87 jam).

Video ringkas mengenai gambar tersebut

Bayangkan, proses nak gabungkan gambar tu memerlukan jumlah memori (RAM) yang besar dan ruang untuk menyimpan semua gambar tu sekali. Sebuah komputer dengan pemproses dual xeon (16 pemproses), RAM bersaiz 48 GB dan ruang storan 4.5 TB dibuat khas untuk kerja-kerja suntingan akhir. Masa untuk menyiapkan gambar tersebut ialah 94 jam dengan saiz gambar akhir 61 GB!

Untuk melihat gambar tersebut, anda boleh melawat laman Dresden 26 Gigapixel dan jangan lupa untuk zoom sehabis-habisnya.

beliamuda: Nak gabung lima keping gambar yang diambil dengan kamera kompak 10 MP pun dah berat dengan laptop biasa (RAM 1 GB, Core 2 Duo), apatah lagi dengan 1665 keping gambar yang dua kali ganda saiznya.

15 thoughts on “Foto Paling Besar Dengan Resolusi 26 Gigapixel

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge