Bumbung KB Mall Runtuh?

Salam sejahtera buat semua.

Lewat jam 6 petang, saya menerima berita mengejutkan di twitter. Rujuk gambar di bawah.

Bumbung KB Mall Runtuh

Buat masa ni, masih menunggu kejadian sebenar yang berlaku di KB Mall. Gambar dan video di bawah antara yang terawal di muat naik. [melalui Twitter]

KB Mall sesak

Simpang empat di depan KB Mall sesak teruk

KB Mall sesak

Orang ramai berkumpul di luar KB Mall

***

beliamuda: lagi kemaskini akan menyusul…

Kemaskini 7:30 Petang

Setakat ni dilaporkan kereta yang terjatuh ke dalam KB Mall adalah kerana kesilapan pemandu mengundurkan kenderaan. Hanya satu kereta terjatuh. Maknanya, bukan bumbung KB Mall yang runtuh. Setakat ni dikatakan seorang meninggal dan tiga lagi cedera. Selanjutnya akan menyusul kemudian.

Bumbung KB Mall pecah

Bahagian yang pecah akibat dilanggar kereta tersebut [gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

Kereta tersebut yang terjatuh ke dalam KB Mall [Gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

[Gambar asal]

beliamuda: nombot plat kereta tersebut, BCL 3210. No komen.

Sumber lain: ntvirus, Azah, NixkGeekier, MuzzafarSalleh, Bonsai Photo Studio, Blogspot KB Mall Runtuh,

Kemaskini 9:45 Malam

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

  • Sumber daripada TV3:

Kejadian berlaku pada hari ni (06/12/09) Jam 4.45 ptg di mana sebuah kereta rosak dan di tolak dengan bantuan orang ramai sehingga merempuh bangunan di area parking tersebut dan terjatuh dari tingkat 3 ke kawsasan escalator tingkat bawah berhadapan dgn Levi’s store dan Watson.

  • Sumber yang tidak dapat dikesan (sebahagian sahaja):

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

MANAKALA RASHIDAH CEDERA PARAH,DAN MASIH BERADA DI UNIT RAWATAN RAPI,I-C-U, HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB DUA KOTA BHARU.

beliamuda: mana satu yang benar? entahla. yang penting, kita sedekahkan al-Fatihah kepada si mati.

Comments

88 responses to “Bumbung KB Mall Runtuh?”

  1. Nikuve Avatar

    Isu terhangat dipasaran juga rupa2nya.

    p/s: byk hits dpt daripada posting ni 😉
    .-= Nikuve´s last blog ..KB Mall Runtuh: Kereta terjun? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Nikuve, ada la sesikit…

  2. abby reen Avatar
    abby reen

    subhanallah..ptg tu memng aku pasang niat nak g kb mall. tpi last minute cancel coz aku nak drive balik keyL lepas cuti seminggu raye haji….umo aku masih panjang…

    wat shah kb, ingat ALLAH sentiasa…

  3. kazuhiro Avatar
    kazuhiro

    hurmm terkejut gak aku dgr berita ni…xsangka kan kwn klu Allah nk trunkan bala sekelip mate jer leh jd..sesungguhnye Allah maha kuasa…

  4. lukmanw Avatar

    Rujuk pandangan pengamal OSH mengenai kejadian ini di; http://oshthejourney.blogspot.com/

    Lukmanw

    1. beliamuda Avatar

      @lukmanw, terima kasih…

  5. hasma Avatar
    hasma

    apesal xde video si mati?gambar pemandu 2 xde ker?

    1. beliamuda Avatar

      @hasma, ada je kalau cari… tak nak masukkan kat sini… gambar pemandu pun ada…

  6. aman Avatar
    aman

    pada hari ahad ptg tu aku ada kt kb mall tapi kejadian berlaku pada pukul 5 ptg dan aku sampai pukul 5.15 ptg.walau apapun aku bersyukur kerana tuhan memperlewatkan masa aku untuk ke kb mall.sebelum tu,aku kt kedai baiki kereta berhampiran kb mall dan ada masalah ckit ngan makenik kt situ kalau tak,mesti aku sampai lebih awal kt kb mall.actually,niat aku ke kb mall untuk ke watsons kalau tak,mesti aku turut nahas.Alhamdulillah allah masih panjangkan umurku.

  7. nazra Avatar

    rasanya pemandu kereta tu yg ada sedikit kecuaian kot. takhziah buat mangsa kejadian..
    .-= nazra´s last blog ..Korang single? Jangan la sedih-sedih… =-.

    1. IRIS Avatar
      IRIS

      ya lah sya sependapat degan awak kebanyakankan pemandu hari ini buakan saja cuai tetapi tidak prihatin degan persekitaran mereka sehingga menyebabkan kemalangan.apa pun benda dah terjadi cuma diharap kepada warga blooger samap samalah kita megambil ini sebagai satu pegnajaran. sya single lagi
      heh heh.

  8. […] berita lain berkaitan tragedi ini, anda boleh layari weblog ini: beliamuda, NixkGeekier, Muzzafarsalleh, ntvirus dan Azah Aidilx   52 Telah Menelaah   […]

  9. tiara Avatar
    tiara

    dasyatnya……….

  10. hamba Allah Avatar
    hamba Allah

    bagi orang yg sudah mendapat tempat di matrikulasi…adakh mereka tidak diterima di upu

    1. beliamuda Avatar

      @hamba Allah, kurang pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge