Bumbung KB Mall Runtuh?

Salam sejahtera buat semua.

Lewat jam 6 petang, saya menerima berita mengejutkan di twitter. Rujuk gambar di bawah.

Bumbung KB Mall Runtuh

Buat masa ni, masih menunggu kejadian sebenar yang berlaku di KB Mall. Gambar dan video di bawah antara yang terawal di muat naik. [melalui Twitter]

KB Mall sesak

Simpang empat di depan KB Mall sesak teruk

KB Mall sesak

Orang ramai berkumpul di luar KB Mall

***

beliamuda: lagi kemaskini akan menyusul…

Kemaskini 7:30 Petang

Setakat ni dilaporkan kereta yang terjatuh ke dalam KB Mall adalah kerana kesilapan pemandu mengundurkan kenderaan. Hanya satu kereta terjatuh. Maknanya, bukan bumbung KB Mall yang runtuh. Setakat ni dikatakan seorang meninggal dan tiga lagi cedera. Selanjutnya akan menyusul kemudian.

Bumbung KB Mall pecah

Bahagian yang pecah akibat dilanggar kereta tersebut [gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

Kereta tersebut yang terjatuh ke dalam KB Mall [Gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

[Gambar asal]

beliamuda: nombot plat kereta tersebut, BCL 3210. No komen.

Sumber lain: ntvirus, Azah, NixkGeekier, MuzzafarSalleh, Bonsai Photo Studio, Blogspot KB Mall Runtuh,

Kemaskini 9:45 Malam

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

  • Sumber daripada TV3:

Kejadian berlaku pada hari ni (06/12/09) Jam 4.45 ptg di mana sebuah kereta rosak dan di tolak dengan bantuan orang ramai sehingga merempuh bangunan di area parking tersebut dan terjatuh dari tingkat 3 ke kawsasan escalator tingkat bawah berhadapan dgn Levi’s store dan Watson.

  • Sumber yang tidak dapat dikesan (sebahagian sahaja):

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

MANAKALA RASHIDAH CEDERA PARAH,DAN MASIH BERADA DI UNIT RAWATAN RAPI,I-C-U, HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB DUA KOTA BHARU.

beliamuda: mana satu yang benar? entahla. yang penting, kita sedekahkan al-Fatihah kepada si mati.

Comments

88 responses to “Bumbung KB Mall Runtuh?”

  1. sofie Avatar

    kepada semua……….

    sila anda perhatikan betul2 rakaman video semasa mayat diusung ada suatu objek aneh yg melintasi di belakang berdekatan jalan ,………..

    sungguh aneh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    apakah itu???????

    subhaanallah…………….

    1. Jesper Avatar
      Jesper

      @sofie, video mane??

  2. sofie Avatar

    video rakaman kemalangan KB mall 2h lrr…….

    Tgah Serammppp nie…..!!!!!

    1. zaihana Avatar
      zaihana

      @sofie, rasanya tu kelibat kenderaan yang lalu kt blkg coz mirror image…

    2. org kltn Avatar
      org kltn

      @sofie,

      xyah caye sngt la.. tuh hanya balikan imej kt cermin je.. sbb kt luar sana ade kete lalu lalang..org mundar mandir.. so balikan imej kt cermin tuh

  3. […] Di Kota Bharu Kelantan dua orang pelajar perempuan Masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya KB Mall terjunam sebelum menghempap mangsa. Kejadian berlaku jam 5.40 petang […]

  4. naz Avatar

    takziah kepada keluarga yg meniggal, aku tgk lg satu video tu, mmg ngeri.

    p/s : semua org tgn kat atas rakam video, semua ada hati nak upload kat youtube. =o
    .-= naz´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.

    1. beliamuda Avatar

      @naz, tengok video yang nak selamatkan mangsa tu, agak sedih jugak la… mmg dah parah masa tu..

  5. blinkky Avatar

    Harap-harap jangan la ada lagi benda-benda cam ni….
    .-= blinkky´s last blog ..Wallpaper : Astro Boy =-.

  6. teahaaa Avatar
    teahaaa

    benda da jd, nk komen pun xdew guna daa..
    takdir r 2..

  7. qistina Avatar
    qistina

    wohoooo , dacat wokk .

  8. manusia Avatar
    manusia

    hamba Allah…dasat tuduhan muuu…!

  9. naz Avatar

    woahh! byk unique dapat dgn isu KB Mall ni. huhu. ko mmg pantas & superb la beliamuda =D
    .-= naz´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.

    1. beliamuda Avatar

      @naz, berlaku kat negeri sendiri… tu yg sedikit pantas tu..

  10. pear Avatar

    dapat footage dari negeri kelantan untuk berita RTM…serius…memang ngeri….salah seorang aku nampak kaki dia macam dah patah…
    .-= pear´s last blog ..Tragedi Ngeri di KB MALL Kelantan =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge