Bumbung KB Mall Runtuh?

Salam sejahtera buat semua.

Lewat jam 6 petang, saya menerima berita mengejutkan di twitter. Rujuk gambar di bawah.

Bumbung KB Mall Runtuh

Buat masa ni, masih menunggu kejadian sebenar yang berlaku di KB Mall. Gambar dan video di bawah antara yang terawal di muat naik. [melalui Twitter]

KB Mall sesak

Simpang empat di depan KB Mall sesak teruk

KB Mall sesak

Orang ramai berkumpul di luar KB Mall

***

beliamuda: lagi kemaskini akan menyusul…

Kemaskini 7:30 Petang

Setakat ni dilaporkan kereta yang terjatuh ke dalam KB Mall adalah kerana kesilapan pemandu mengundurkan kenderaan. Hanya satu kereta terjatuh. Maknanya, bukan bumbung KB Mall yang runtuh. Setakat ni dikatakan seorang meninggal dan tiga lagi cedera. Selanjutnya akan menyusul kemudian.

Bumbung KB Mall pecah

Bahagian yang pecah akibat dilanggar kereta tersebut [gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

Kereta tersebut yang terjatuh ke dalam KB Mall [Gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

[Gambar asal]

beliamuda: nombot plat kereta tersebut, BCL 3210. No komen.

Sumber lain: ntvirus, Azah, NixkGeekier, MuzzafarSalleh, Bonsai Photo Studio, Blogspot KB Mall Runtuh,

Kemaskini 9:45 Malam

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

  • Sumber daripada TV3:

Kejadian berlaku pada hari ni (06/12/09) Jam 4.45 ptg di mana sebuah kereta rosak dan di tolak dengan bantuan orang ramai sehingga merempuh bangunan di area parking tersebut dan terjatuh dari tingkat 3 ke kawsasan escalator tingkat bawah berhadapan dgn Levi’s store dan Watson.

  • Sumber yang tidak dapat dikesan (sebahagian sahaja):

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

MANAKALA RASHIDAH CEDERA PARAH,DAN MASIH BERADA DI UNIT RAWATAN RAPI,I-C-U, HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB DUA KOTA BHARU.

beliamuda: mana satu yang benar? entahla. yang penting, kita sedekahkan al-Fatihah kepada si mati.

88 thoughts on “Bumbung KB Mall Runtuh?

  1. i’ll link ur story to my blog.hehe..mitak izin ni.tp x bg pn, link jgk.hehe..sy ade kat foodcourt time tu.betul2 tengok ape yang blaku.huhu..

  2. Pingback: Dec 6, Accident @ Carpark KbMall. « When fingers meet the keyboard..

  3. masyaallah…masalah tipikal orang kita ni,apa2 jd cari orang lain utk disalahkan…jodoh dan ajal maut ketentuanNya…kalau nik aziz doa skalipun,jodoh dan ajal seseorang tu takkan berubah,termaktub Qada’ & Qadar…dan jelas lagi bersuluh kejadiaan ni takde kena mengena dengan nik aziz,aku pro krajaan pun tau yg mana hak dan yg mana batil…pikirkan lah wahai ‘hamba allah’..lebih baik kita sedekah Al-fatihah kepada arwah yang terlibat dalam kejadian ni…salam peace!

  4. anda blog ke…blog ke-6 mlm ni aku melawat tentang “KB Mall runtuh”. Bersabarlah rakyat Kelantan, lepas ni ada je spekulasi2 tak baik akan dilemparkan..

  5. luck ke,malang ke sume dtg dr allah..aku pon alhamdulillah xpegi kelantan mgu ni..igt nk lepak umah membe..tup2 jd cmni..dose wei ckp nasib baik sebenarnye..nasib baik ni la,itu la..doa org ni jd cmtu la..xelok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge