Salam sejahtera buat semua.
Kali ni, nak buat entri berkaitan lima aplikasi percuma yang paling kerap aku gunakan. Perisian ini memang tak sah kalau tak buka setiap kali menggunakan laptop.
Jadi, dalam entri ini, aku senaraikan lima aplikasi percuma tersebut berserta penerangan ringkas mengenainya. Mungkin anda juga selalu menggunakan aplikasi ini. Jom tengok lima aplikasi atau perisian tersebut.
1. Firefox
Aplikasi wajib guna setiap kali buka laptop. Firefox telah menjadi peluncur kegemaran sejak IE banyak mengewakan aku. Aku memang tidak melepaskan peluang untuk menggunakan Firefox versi stabil yang paling terkini.

Dengan pelbagai add-on yang ada, memang best guna Firefox ni. Walaupun ada Google Chrome sebagai saingan, ada beberapa ciri dalam peluncur ni yang aku tak berapa suka. Peluncur Opera aku tak pernah guna lagi. Rasanya ramai dah kenal Firefox ni kan?
2. Winamp

Lagu mesti ada kalau aku buka laptop. Untuk tugas ni, Winamp menjadi pilihan aku. Sebagai sebuah pemain multimedia universal, winamp boleh digunakan untuk memainkan audio dan video. Tapi, aku lebih memilih untuk memainkan audio sahaja. Untuk video, aku gunakan pemain multimedia yang lain.
3. µTorrent

Sebagai seorang penorrent tegar, uTorrent merupakan aplikasi terbaik untuk tugasan ni. Dengan kadar penggunaan memori yang rendah, uTorrent tidak mengecewakan. Tak terjejas prestasi laptop walaupun uTorrent sedang giat menjalankan tugasannya. Antaramukanya pun ringkas.
Sebagai seorang pengguna laman Torrent Jiwang, terus berkongsi fail yang telah siap dimuat turun merupakan satu kelebihan untuk memberikan poin bagi mengekalkan nisbah muat turun dan muat naik. Jadi, aku selalu je buka uTorrent walaupun takde fail yang aku muat turun.
4. Gtalk
Aplikasi yang sama dengan Yahoo Mesengger (YM). Antaramuka Gtalk jauh lebih ringkas tapi entah bila kali terakhir versi Gtalk dikemaskini. Walaupun ringkas, Gtalk tidak mengecewakan dalam menjalankan tugasannya. Penggunaan memori pun jauh lebih kecil berbanding dengan YM.

Panjang je kan status tu? Hikhik~
Satu lagi yang best dengan Gtalk ni ialah kebolehan untuk menulis status yang panjang, sampai boleh jadi karangan. Kalau YM boleh simpan setiap perbualan dalam arkib di storan komputer, perbualan melalui Gtalk boleh direkod kedalam akaun Gmail dan boleh diakses di mana-mana.
Pada mulanya, aku tak guna pun Gtalk, sampailah aku mula ada laptop sendiri dan pada masa tu YM telah dihalang akses dalam uni aku. Kawan-kawan pun ramai yang pakai Gtalk, jadi aku pun kena turut serta memasangnya,
5. OpenOffice.org
Salah satu aplikasi pengganti kepada perisian Microsoft Office. Walaupun tidak sehebat dan segah perisian berbayar, tapi sudah cukup mantap bagi penggunaan biasa. Aku biasa guna Writer dan Calc sahaja. Yang lain-lain seperti Base, Impress, Draw dan Math, aku tak pernah sentuh lagi.

Aku terjebak dengan aplikasi ni selepas Excel 2003 buat hal. Jadi, sebab installer OpenOffice.org (OOo) ni memang dah ada dalam laptop, aku pasang je la. Sampai sekarang aku masih guna lagi perisian ni disamping Microsoft Office 2007 yang telah diciplak. 😛
Kebanyakan penulisan bukan berkaitan kerja atau akademik aku tulis dalam perisian ni. Entah kenapa aku lebih biasa menggunakan aplikasi ni sekarang.
beliamuda:hujan sepanjang hari bukan alasan untuk tidur sepanjang hari, tapi kalau tidur dalam sejuk ni memang best sebenarnya… hikhik~
Leave a Reply