Curi Masa – Tag daripada Ikin

Salam sejatera buat semua.

Alamak, tak sempat lagi nak mencelah untuk masukkan entri yang dimaksudkan sebelum ni. Kelas hari ni, daripada pukul 10 sampai pukul 3, amat meletihkan. Nasib baik kebanyakan kelas agak santai. Mood raya gamaknya? Hehe.. Pelajar perempuan pun ramai yang melaram. (Jangan tembak saya ya kawan-kawan~ XD).

Kebetulan ada tag daripada Ikin, jom kita balas balik. Lagipun, dah lama tak tag-tag ni. Huhu~ Jom layan… Sebelum tu, jom dengarkan melodi d’ hujung mingguKekasih Halal dan Kisah Gadis Berkerudung Merah.

.
1 – 5 fakta menarik tentang pemberi tag. (err, spe ya Ikin ni? hehe.. tak kenal sangat la.. bila nak berkenalan? :P)

  • Belajar di UUM
  • Kenal rapat dengan penampalposter a.k.a rumet saya
  • Pertama kali masuk blog dia, perasan dia letak “faveret blog” untuk beliamuda {dot} com. huhu~
  • Aktif dengan aktiviti bukan akademik (boleh gi baca kat blog dia)
  • ~apa lagi ya?

2 – 10 fakta/hobi diri sendiri:

  • Suka membaca, tak kira apa-apa bahan bacaan, tapi selalu membaca ikut mood.
  • Kalau orang yang tak kenal, mesti dia jarang tengok aku senyum, tapi dengan kawan rapat, selalu je aku bergelak ketawa dan tersenyum.
  • Along dan orang pertama dalam keluarga yang sambut besday setiap tahun.
  • Suka menulis. Mula menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi. Pernah menghantar karya ke majalah dan tersiar. Satu sajak dan satu artikel alam sekitar.
  • Sukar untuk meluahkan sesuatu secara terus, lalu menjadikan tulisan sebagai medium.
  • Ada dua orang adik perempuan (menuntut dalam bidang Kejuruteraan Bahan) dan dua orang adik lelaki (15 tahun dan 10 tahun).
  • Suka main bola keranjang, tapi tak pandai sangat pon. Kenangan manis main bola keranjang ialah kesakitan di sendi-sendi jari (perkara wajib ni).
  • Tak banyak bercakap, tapi kalau dah bercakap, payah juga nak berhenti.
  • Suka berjalan sorang-sorang, layan perasaan, dan bercakap dengan diri sendiri (kan ada yang cop gila lak ni). Masa ni la paling banyak dapat inspirasi nak menulis. Tapi, kalau tak mencatat masa tu, siyes dah tak ingat apa nak tulis lepas tu.
  • Masih single lagi <—fakta paling penting ni! (mesti ramai fikir pelik sebab aku selalu masukkan entri jiwang sejak akhir-akhir ni).

3 – 8 Penerima tag seterusnya dengan ringkasan mengenai mereka.

  • Luqman (penampalposter a.k.a rumet, entah dia nak wat ke tak tag ni)
  • Anuar (penaberkala, respek dengan tulisan dalam blog dia)
  • Irda (blogger gal ChemE Jan07 yang paling aktif kot)
  • Liyana (pendatang baru dalam dunia blog, hidup biar sedap)
  • Amin (labmate gua, budak bijak, otai Melaka.. haha)
  • Irsyad (sahabat gua, senyap orangnya, pendengar aku yang paling setia, tapi selalu je bengang ngan aku sebab aku tak habiskan ayat.. haha.. :P)
  • Stopa (kawan sejak di PC, selalu berhubung melalui blog je sekarang walaupun satu Uni.. :P)
  • Hazwan (a.k.a beliau, rakan dalam ChemE Jan07)

beliamuda: bila la page Mengenai Penulis nak ada ni kan.. huhu.. untuk Irda, selamat bertweet. Berjaya gak tarik sorang gal ChemE Jan07~ *kali pertama kot tag orang lain..

23 thoughts on “Curi Masa – Tag daripada Ikin

  1. Pelajar perempuan pun ramai yang melaram. (Jangan tembak saya ya kawan-kawan~ XD)

    semalam lepas iftar ktorg ade pakat nak pakai baju kurung beramai-ramai. nak wat photoshoot pre-raya. pastu bole ltak kt blog(konon2 salam perantauan la)

    tapi akhirnya tak amik pun. taktau plak kenapa. lol 😛

    btw,

    buah cempedak di luar pagar,
    ambil galah tolong jolokkan,
    saya budak baru belajar,
    kalau tak pandai nak bertweet, tolong tunjukkan 😀

    p.s: tag akan dibalas mlm sok 🙂
    .-= princess´s last blog ..sekadar renungan 🙂 =-.

    • @princess, o0o.. ptt la kan.. hehe, terperasan gal ramai yang pakai baju baru @ yang jarang dilihat sebelum ni..

      rugi la tak amik pic, sume dah lawa2 dah.. XD

      ~banyak lagi sal twitter nak kena blaja nih.. tag tu, balas jangan tak balas~

  2. sempat last minute jawab tag eh. hehe 🙂

    – – – – –

    selamat hari raya aidilfitri 1430h
    maaf zahir batin. hehe 🙂

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
    .-= KNizam´s last blog ..Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H, Maaf Zahir Batin – Ikhlas Daripada KNizam.com, MakanMalaya.com & TreasureHuntMalaya.com ! Dam Dam Dummm Hehe 🙂 =-.

  3. Pingback: Imbas kembali September 2009 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge