Ada apa dengan 123456789

Salam sejahtera buat semua.

123456789

Hari ini, aku tengok ramai blogger dan raka-rakan lain yang menghebohkan pasal 123456789 ni. Ada apa dengan nombor tu semua ek? Rasanya semua dah tahu kan. Nombor menarik hanya muncul dua kali je dalam 100 tahun. Abad seterusnya baru boleh jumpa balik.

Dua kali? Betul ke dua kali? Memang betul sebenarnya. Kita cuma perlu ubah persepsi kita terhadap masa je (macam bagus je cakap). Dua kali itu berlaku pada awal pagi dan satu lagi pada tengah hari dalam hari yang sama.

12:34:56 Pagi 7 Ogos 09

12:34:56 Tengah hari 7 Ogos 09

Sebenarnya, ramai yang lebih memilih untuk mengatakan urutan nombor tu adalah pada tengah hari. Ya la. Kalau ikut sistem 24 Jam, memang macam tu la. Tapi, kita diberi pilihan untuk mewujudkan peluang tersebut, jadi saya kata waktu pagi tersebut turut boleh dikira sebagai urutan masa yang menarik.

Ada juga yang tanya, apa yang dibuat pada masa tersebut? Pada waktu tu? Waktu yang sependek satu saat. Apakah yang dilakukan?

Pada waktu tersebut, yang saya pasti saya masih lagi bernafas, menghirup udara di Bumi ini… Alhamdulillah. Mungkin juga masa tu mata saya sempat berkelip. Mungkin pada waktu pagi tu saya sedang tidur (ke belum lagi ek?). Jantung masih lagi berdegup. Darah masih lagi mengalir. Mugkin rutin harian biasa sahaja yang berlaku pada waktu itu. Tiada apa yang istimewa.

Layan la video tak seberapa pasal 123456789 ni…

beliamuda: cuba jawab soalan ni.. 123456789 = 100. Buktikan dengan memasukkan operasi pengiraan yang biasa (+ – / *). Rasanya ada lebih 100 jawapan yang mungkin.

Comments

13 responses to “Ada apa dengan 123456789”

  1. Nash Avatar

    Haha..
    aku setuju..
    mlm tu aku dah dpt msg (6 Ogos 2009)
    so….mula2 mmg aku pikir 12.34.56 pagi.
    tetibe terpikir lak ade gth hari punya.haha
    dua2 bleh….
    layan je
    .-= Nash´s last blog ..:: Hari Ini Dalam Sejarah : 123456789 :: =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Nash, zass~~

  2. Kujie Avatar

    kak jie dpt screenshot t/.hari kat jam di blog peribadi kak jie yg lain tu…
    .-= Kujie´s last blog ..Langkah Tersandar Pada Niat =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Kujie, buat kenang-kenangan eh.. hehe

  3. ikin Avatar

    hmm…sesak juge henpon saye dengan mesej 1-9 itu. quit impress n amazing, tapi pada waktu 12:34:56 pada 7/8/09, saye tidur kepenatan. ekekehh.
    .-= ikin´s last blog ..pengalaman pertama wall climbing. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, nasib baik takde yang mengforward mesej cmtu… tak kisah la apa yang kita wat masa tu, asalkan tak wat dosa dah la…

  4. nazra Avatar

    erk…nmpk gaya nya aku ni dh ketinggalan zaman lak. arini 8hb baru tau

    ^_^
    .-= nazra´s last blog ..Jemput la datang ke majlis ini. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, lewat sehari jek.. hehe

  5. fafa Avatar

    ala ala
    x paham la
    rasenye hari2 pon ade 12:34:56 kan?
    :O
    .-= fafa´s last blog ..matrikulasi =-.

    1. beliamuda Avatar

      @fafa, haha.. memang la ada hari2… tapi lagi 789 tu takde hari2.. :p

  6. Adam Avatar

    Entri best, time kejadian aku sendiri tak sedar kat mana aku berada. Mungkin di atas katil lg kot. Haha.
    .-= Adam´s last blog ..ST12 – Isabella (OST Isabella) =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Adam, tak kisah la ada kat mne pon.. benda dah lepas dah kan.. hehe

  7. […] Paling menarik pada tepat pukul 09:09:09. Aku tak sempat nak tulis mengenai peristiwa ni, tak macam 123456789 tu. Ramai juga blogger yang masukkan entri pasal angka menarik ni […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge