Salam sejahtera buat semua.
Haha.. (dengan gaya gelak ala-ala jahat lagi kejam).. Awal-awal pagi lagi aku dan menapak di Google Reader. Lalu satu idea jahat meresap ke dalam kepada otak aku. Seseorang yang baik hati telah memberi aku idea untuk melakukan satu penipuan yang membolehkan aku mendapat keuntungan beribu-ribu lemon.
Sape tak tahu kan penipuan internet? Tapi tak ramai yang sedar. Nah, kali ini biar aku pula yang melakukan pernipuan di Internet. Aku tak tahu pula selama ini dengan alatan yang aku ada dalam laptop aku, aku mempunyai daya dan kudrat untuk menipu manusia lain.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati penipuan Internet yang aku lakukan kepada kamu semua sekarang…
Jana Wang Pantas dengan beliamuda
Dulu, saya harapkan duit biasiswa je. Mana boleh nak hidup kan? Satu hari, idea baik punya datang kepada saya. Internet kan ada? Boleh buat duit dengan mudah kan?
Jadi, kali ini saya nak berkongsi rahsia dengan anda semua. Sebelum itu, lihat dulu penyata akaun CIMB saya semasa bulan pertama menggunakan teknik ini.

Setelah tiga bulan mengamalkan teknik ini, pendapatan saya telah mencecah RM300 000.

Adakah anda teruja untuk mengetahui teknik yang telah saya gunakan?
Ini adalah penyata keuntungan dalam satu bisnes yang sedang saya ceburi sekarang.

Tengoklah, keuntungan yang saya dapat setiap minggu. Angkanya pasti mencecah ribuan ringgit. Apa yang saya buat hanyalah goyang kaki sahaja…
Adakah anda ingin mengetahui teknik yang saya gunakan untuk mendapat pendapatan sebanyak itu? Silalah beli bla.. bla.. bla.. bla..
Penafian: Gambar MyRewards Statement tersebut hanya sebagai contoh sahaja. Ia tidak bermakna MyMode melakukan penipuan. Terima kasih.
beliamuda: amacam broSKL? Terkejut tak dengan penyata MyMode aku? Haha… Segala gambar di atas tidak disunting sedikit pun. Segala screenshot dilakukan terus pada browser… Jadi, bolehkah anda percaya dengan benda-benda di atas?
natang r… aku x tertipu! hahaha
.-= youthjihad´s last blog ..Seminar Isu Semasa Tamadun Ummah =-.
nasib baik tak tertipu.. tapi tak sangka mudah sangat nak wat menda cmtu…
biar btol akaun mung ado 300000? blh r pinje 10k, nk setup bisnes..huhu..perniagaan halal lagi toyyib ka?
kalaulah betul ada sebanyak itu…
dengan teknologi yang ada sekarang, tak perlu pun aku nak edit screenshot yang aku ambil tu.. aku capture direct dari laman cimb yang sah lagi tu..
~~bisnes tipu ni halal ke tak ek? aku mana de wat bisnes gitu.. hehe 🙂
Camne ko tipu???
Tapi aku dah tak join mymode lagi dah.
.-= zool´s last blog ..Porno dalam ebook =-.
aku tak guna apa2 selain firefox dan anak beranaknya je.. aku terkejut gak boleh buat benda yang nampak legal, tapi ada penipuan disebaliknya.. caranya? jawapan ada dalam entri.. nak tengok dulu sape yang dapat detect atau tahu cara nak wat cmni…
weh…cemner ko buat rrr
mymode…lama dh aku x jenguk akaun aku…antara byk2 bisnes, mymode antara yg boleh tahan, tapi sejak dia buat sistem baru 2,3 tahun lepas….buatkan aku jd x aktif benda tu…huhu
.-= HuRuL_AiNi´s last blog ..That Fool =-.
kita tunggu sape yang dapat reveal cara aku buat tu…
aku pulak baru masuk dua tahun lepas… masih go on walaupun untungnya kecil aje.. ye la kan, jual topup je kot..
haha dah sah2 guna Photoshop kan kih kih..klo la aku dapat ribu2 dgn mymode ni btol2 kan best..haha
p/s: tgk no akaun dia 1234567890123 no telifon lak 0123456789 wei bestnya..klo cmni nk tipu gak la haha
.-= broSKL´s last blog ..cara menukarkan video youtube kepada mp3 =-.
diulang.. aku tak edit pun gambar2 tu.. apatah lagi menggunakan photoshop.. sumenya dicapture secara direct pada browser yang pada masa tu memang aku tgh buka laman web CIMB dan MyMode yang sebenar…
abis tu ko guna skil apa lak ni..?
.-= broSKL´s last blog ..cara menukarkan video youtube kepada mp3 =-.
nnt aku reveal.. tu pun kalau takde yang dapat teka dengan tepat la…
ok no idea… gune google reader??
.-= rue´s last blog ..Stop~! =-.
google reader tu untuk RSS Feed la… boleh buka tgk apa itu google reader di reader.google.com
hurm… yg tipu tu… yg nie ke?
cimb tipu = “http://www.beliamuda.com/wp-content/uploads/cimbtipu.png”
cimb tipu2 = “http://www.beliamuda.com/wp-content/uploads/cimbtipu2.png”
mymode tipu = “http://www.beliamuda.com/wp-content/uploads/mymodetipu.png”
All fake.. tp nmpk mcm real… edit gune photoshop ke?
x meninggalkan kesan la!! 😀
.-= SharkHack´s last blog ..Quran In Word v1.3 by Mohd Taufiq =-.
memang la tak meninggalkan kesan.. sebab ketiga-tiganya tidak diedit lansung… lansung capture di browser…
ataupon, menggunakan ‘firebug’ atau dreameaver utk edit HTML Document agar nmpak real?
k la… give up… tp, x tau la jawapan tu btul ke tidak…
teka je.. 😀
*Firebug = Firefox HTML Editor & Debugger…
.-= SharkHack´s last blog ..Quran In Word v1.3 by Mohd Taufiq =-.
hoho.. tepat sekali.. aku gne Firebug je untuk edit real time.. ada je nama firebug tu dalam tag aku ni… hehe
hu3… x sangke pulak tepat tekaan ku…
x sia-sia study smbil jd webmaster kt skool… 🙂
.-= SharkHack´s last blog ..Quran In Word v1.3 by Mohd Taufiq =-.
bagus2.. tak sia2 ko komen kat sini.. tepat dan betul pulak tu..
Aku rasa ko guna javascript jer… 😀 Tol tak?
Nie code yang aku biasa guna:
javascript:document.body.contentEditable=’true’; document.designMode=’on’; void 0
Apa yang perlu anda buat ialah visit website yang anda hendak edit dan paste code di aatas pada browser address. Tadaa..website tersebut boleh di edit. 😉
.-= Izo´s last blog ..Awas Kopi Radix Palsu =-.
wow.. macam kompleks pulak caranya tu kan… takde la, gne add on dalam firefox je.. hehe..
Oh dahsyat penipuan ini! Harap-harap bukan saya yang mengajar! Haha.
Oh ampun! Ilmu yang secebis ini saya cedok daripada sensei la! haha…
then pas edit org len bole nmpk kew?? x kan??
.-= rue´s last blog ..Stop~! =-.
Lepas edit orang tak nampak…awak sorang jer yang nampak. Ia tak save kat dalam server pon. Kalau awak refresh dia akan kembali kepada design yang asal 😉
.-= Izo´s last blog ..Awas Kopi Radix Palsu =-.
betul dah apa yang izo cakap tu.. tool ni boleh digunakan oleh webmaster sebagai satu tool untuk web developer…