Salam sejahtera buat semua.
Haha.. (dengan gaya gelak ala-ala jahat lagi kejam).. Awal-awal pagi lagi aku dan menapak di Google Reader. Lalu satu idea jahat meresap ke dalam kepada otak aku. Seseorang yang baik hati telah memberi aku idea untuk melakukan satu penipuan yang membolehkan aku mendapat keuntungan beribu-ribu lemon.
Sape tak tahu kan penipuan internet? Tapi tak ramai yang sedar. Nah, kali ini biar aku pula yang melakukan pernipuan di Internet. Aku tak tahu pula selama ini dengan alatan yang aku ada dalam laptop aku, aku mempunyai daya dan kudrat untuk menipu manusia lain.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati penipuan Internet yang aku lakukan kepada kamu semua sekarang…
Jana Wang Pantas dengan beliamuda
Dulu, saya harapkan duit biasiswa je. Mana boleh nak hidup kan? Satu hari, idea baik punya datang kepada saya. Internet kan ada? Boleh buat duit dengan mudah kan?
Jadi, kali ini saya nak berkongsi rahsia dengan anda semua. Sebelum itu, lihat dulu penyata akaun CIMB saya semasa bulan pertama menggunakan teknik ini.

Setelah tiga bulan mengamalkan teknik ini, pendapatan saya telah mencecah RM300 000.

Adakah anda teruja untuk mengetahui teknik yang telah saya gunakan?
Ini adalah penyata keuntungan dalam satu bisnes yang sedang saya ceburi sekarang.

Tengoklah, keuntungan yang saya dapat setiap minggu. Angkanya pasti mencecah ribuan ringgit. Apa yang saya buat hanyalah goyang kaki sahaja…
Adakah anda ingin mengetahui teknik yang saya gunakan untuk mendapat pendapatan sebanyak itu? Silalah beli bla.. bla.. bla.. bla..
Penafian: Gambar MyRewards Statement tersebut hanya sebagai contoh sahaja. Ia tidak bermakna MyMode melakukan penipuan. Terima kasih.
beliamuda: amacam broSKL? Terkejut tak dengan penyata MyMode aku? Haha… Segala gambar di atas tidak disunting sedikit pun. Segala screenshot dilakukan terus pada browser… Jadi, bolehkah anda percaya dengan benda-benda di atas?
Leave a Reply