Ulang tahun ke 25 Tetris

Salam sejahtera untuk semua.

tetris_7

Tetris? Pernah dengar ke nama game ni? Rasanya budak-budak sekarang dah tak main game ni. Kebanyakan yang pernah main game ni pun, bukan main yang versi original pun. Sekadar main versi yang ada dalam konsol permainan yang ada banyak-banyak game tu. Macam lumba kereta, tank, ular dan macam-macam lagi. Aku pun dah lupa apa orang panggil menatang tuh…

Baru-baru ini, iaitu pada 6 Jun, genaplah 25 tahun Tetris ni diperkenalkan. Tetris adalah game yang paling banyak menghabiskan masa kita. Iye tak? Masa mula-mula main, dengan level yang paling rendah, blok-blok yang jatuh tu slow je. Lepas tu hanya susun biar dapat penuh satu barisan. Kalau dah penuh, automatik barisan tu akan hilang. Lepas habis level tu, masuk level baru. Mulalah blok tu jatuh dengan lebih laju. Ada sesetangah versi tetris yang ada blok istimewa. Boleh tambah blok-blok yang kita nak, boleh musnahkan blok-blok yang kita tak mahu, ataupun blok-blok yang boleh bertukar bentuk. Best juga main game ni. Kena pandai susun strategi dan pantas berfikir.

Tetris yang dikenali sebagai King of Puzzles merupakan satu-satunya game daripada Rusia yang dijenamakan dengan “FROM RUSSIA WITH FUN!”. Video di atas merupakan lagu tema Tetris versi original. Layan je la…

beliamuda: seorang lelaki pernah mencatat rekod berjaya menghabiskan permainan pac-man versi arked (baca: arcade) . Siapa tahu nama lelaki tersebut? Dia hanya guna satu nyawa sahaja untuk habiskannya.

9 thoughts on “Ulang tahun ke 25 Tetris

  1. Wuu… Tetris! game favorate sy ni, tiap2 kali msk arcade mesti cr ni

    tp plg syok main bg sy tetap la raiden, ala main tembak2 kapal tu hehehe

    tp klau boring fon ku w810i je jd bahan mainan kos ada tetris versi ciplak hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge