Salam sejahtera untuk semua.
Kalau tengok berita semalam, dilaporkan Malaysia akan dilanda El Nino yang bermaksud keadaan cuaca yang panas dan kering. Alhamdulillah, sekarang ni keadaan cuaca di kawasan aku agak mendung sementara menunggu hujan untuk turun.
Tengah syok cari pasal Geng: Pengembaraan bermula kat Google tadi, tiba-tiba aku terserempak dengan Upin & Ipin: Angkasa.
Upin & Ipin: Angkasa ialah muvi terbaru daripada Les Copaque yang akan ditayangkan pada 2011. Trailer untuk muvi terbaru ini telah disiarkan di laman rasmi Upin & Ipin: Angkasa. Trailer ini juga boleh didapati di Youtube Channel Les Copaque.
Berikut adalah keratan akhbar tentang temubual muvi Upin & Ipin: Angaksa.
Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata apa yang menarik kali ini, pihaknya mengetengahkan karakter kembar Upin & Ipin sebagai watak utama dalam filem berkenaan.”Pihak kami memutuskan untuk menampilkan karakter adik beradik kembar Upin &Ipin sebagai watak utama dalam filem Upin & Ipin Angkasa berdasarkan maklum balas positif dari peminat setia karakter berkenaan.
“Filem ini adalah animasi 3D selama 90 minit yang membawa karakter Upin & Ipin dan rakan-rakannya mengembara dan meneroka ruang angkasa lepas dengan pelbagai pengalaman menarik termasuk bertemu makhluk asing.”Setakat ini, filem ini masih dalam proses pra produksi termasuk dari segi penulisan skrip dan jalan cerita lebih universal termasuk untuk pasaran luar negara.”Ia juga lebih hebat dari filem terdahulu membabitkan jalan cerita, kesan animasi dan teknologi penerbitan digunakan termasuk aplikasi teknologi stereo tiga dimensi (3D),” katanya.
Berbanding filem Geng: Pengembaraan Bermula, Upin & Ipin: Angkasa membabitkan bajet yang lebih besar iaitu mencecah sebanyak RM6 juta.
“Apa yang penting, kualiti filem ini dijamin setanding dengan filem animasi luar negara kerana kita ingin menembusi pasaran global.
“Sekalipun untuk pasaran global, pihak kami tetap mengekalkan imej tempatan dalam filem berkenaan.
“Selain melabur semula keuntungan hasil kutipan dari filem Geng: Pengembaraan, pihak kami juga akan berbincang dengan pihak TM untuk menaja sebahagian daripada kos filem ini nanti.
“Tidak ketinggalan, bantuan kepakaran dari pihak Mimos Berhad untuk membantu dari segi teknologi baru yang digunakan,” katanya.
Tidak dinafikan, kata Mohd Nizam, ramai pihak yang membuka mata kepada mereka sejak kejayaan filem Geng: Pengembaraan Bermula di pawagam tempatan.
“Kini, ramai pihak yang berminat untuk menjadi penaja filem animasi kami termasuk dari pihak kerajaan sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, kata Mohd Nizam, dia tetap berhadapan dengan tekanan kerana semua orang menaruh harapan tinggi pada filem Upin & Ipin: Angkasa apabila menjengah pawagam.
“Apapun, saya melihat tekanan itu dari sudut yang positif kerana ia membantu pihak kami memperbaiki kelemahan sedia ada terutama dari segi skrip dan watak pada masa depan. “Contohnya, ada pihak luar negara yang berpendapat format filem Geng: Pengembaraan juga kurang sesuai untuk pasaran luar negara,” katanya.
Mohd Nizam berkata demikian ketika majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) Upin & Ipin dan pertukaran dokumen Telekom Malaysia Bhd (TM) dan Les’ Copaque di Menara Kuala Lumpur, di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, TM, Datuk Bazlan Osman; Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda; Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi; Ketua Pegawai Operasi PT Cipta (TPI Indonesia) Nana Putra dan Ketua Pegawai Eksekutif Jive! (pengedar filem, teater, TV dan home video Indonesia) yang juga wakil Blitzmegaplex, Wendy Soeweno.
Lebih memberangsangkan, kata Mohd Nizam, filem Geng: Pengembaraan Bermula akan menjengah sebanyak 50 pawagam Indonesia bermula September nanti.
“Pihak kami belum mempunyai sebarang sasaran dari segi kutipan untuk filem ini di Indonesia kerana ia bergantung kepada sambutan mini siri Upin dan Ipin yang ditayangkan di stesen TPI Indonesia selama dua bulan bermula Ramadan nanti.
“Sekalipun filem Geng dipasarkan di Indonesia untuk menguji pasaran filem kita di sana, pihak kami tetap mengharapkan pulangan dari segi kutipannya nanti,” katanya.
Sumber : Berita Harian [29/05/2009]
Oleh Ramlah Zainal
beliamuda: Geng: Pengembaran Bermula pun aku tak tengok lagi.. maklumlah, sibuk.. hehe… nak cari yang pirate je, tapi tak jumpa.. ngee~~
woah…semakin maju industri animasi negara ni..bagus la..jangan tgk anime jepun je tau..
sokonglah industri animasi negara… jangan jadi macam aku, nak cari yang cetak rompak jek… ngeh2~~
ps: nasihat la kawan mung yang bernama Hiddendevil tuh.. kuat benar layan anime Jepun…
upin ipin gang pon blm tgk lg..
huhu…
sama la.. geng yang dah tengok kata best.. adik pun dah suruh cari.. gian nak tengok…
upin ipin mmg best…
go malaysia!! lawa gak animasi dorg.. leh tanding lua negare nie..
aku yang geng lama pun lum tengok lagi ni. arituh 2,3 ari gi try nak tengok memanjang full house kat alamanda gsc. tengah tunggu dvd release je la…
agak2nya lah, bila dvd dia nak release? ke dah kuar?
aku tgk geng dlm tv jek..