Personal: Seminggu yang lalu (Bahagian 1)

Salam sejahtera untuk semua.

letih

AMARAN! Entri kali ini bersifat personal. Mungkin anda tidak berminat untuk baca. Entri ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat Cheme Jan07 yang selalu bertanya apa yang aku buat dalam cuti ni. Entri ini juga untuk counter balik entri OBS budak scholar Petronas yang rata-rata mengisi blog masing-masing dengan aktiviti mereka berOBS selama seminggu. Sila teruskan pembacaan jika anda berminat.

AHAD – 14 JUN 2009

Hari pertama persekolahan setelah cuti pertengahan semester selama dua minggu. Biasanya, masa ni takde orang kat rumah. Tapi, adik perempuan aku yang dua orang tu ada sebab diorang sedang tunggu nak masuk U. Antara hari yang aku berjaya untuk tidak tidur selepas waktu subuh. Sebabnya, aku telah ditugaskan untuk melakukan beberapa tanggungjawab pada hari itu.

Sekitar pukul 9, aku telah keluar ke bandar Bachok dengan kereta Kancil yang tiada pelekat P. Aku telah diamanahkan untuk ke Tabung Haji bagi memasukkan cek kepunyaan Abah. Alang-alang dah ke bank tu, aku turut mendepositkan duit simpanan aku sekali. Lepas tu, aku ke pejabat pos untuk membayar bil streamyx dan mengepos dua surat penting kepunyaan aku. Nasib baik tak payah tunggu lama. Selepas dua giliran, terus selesai urusan aku. Sebaik sahaja aku sampai ke rumah, aku sempat menambah satu entri baru di blog aku ni.

Kemudian, aku menerima mesej daripada Mama. Mesej itu memberi arahan untuk tugasan aku sebelah petangnya. Aku diarahkan untuk bersedia sekitar pukul 2 untuk ke Bank Islam di Kubang Kerian bagi menyelesaikan urusan adik perempuan aku. Apa tugas aku? Sebagai driver la.

Dengan tidak mengambil lunch, kami terus ke bank. Sekali dengan adik bongsu aku pun ikut. Pakai uniform sekolah pulak tu. Abah juga telah ada di bank. Boleh kata satu family la ada kat bank tu. Kecuali adik aku yang nombor tiga, sebab dia ada kat sekolah dan takde sebab pun untuk dia ikut. Abah aku perlu ada sekali sebab nak tutup akaun bank tu. Bank Islam telah mensyaratkan untuk membuat kad bank, satu akaun hanya boleh ada satu penama sahaja.

Memang kebetulan hari tu orang ramai, memang lama la tunggu untuk siap satu-satu proses tu. Buka akaun baru, tutup akaun lama, pindah masuk duit daripada akaun lama ke akan baru dan tunggu untuk buat kad bank. Nasib baik aku dah bawa novel Mikhail masa tu. Layan baca novel tu je la. Tapi masa tu aku memang dah lapar la. Dah la pagi tu makan sikit je. Tapi, sayangnya, pihak bank menyatakan kad bank telah habis dan perlu datang kemudian hari. Apa kes ni? Dah la buku bank dah takde. Memang dah ada dalam syarat tu wajib buat kad bank. Kejadah betul la. Maksudnya, aku kena drive adik aku ke bank lagi la untuk kemudian harinya. Kami beredar dari bank sekitar pukul 4.30 petang. Memang perut aku dah mendendangkan lagu dah masa tu.

Sebelah malamnya, kami sekeluarga ke New Horizan Garden untuk family dinner. Well, kalau dah tiga orang dah masuk U, susah la nak kumpul family nanti. Lagipun, dua malam sebelumnya cuba tempah meja, tapi asyik full house je. Nasib baik dapat untuk malam tu.

ISNIN – 15 JUN 2009

Pagi tu ada telefon Bank Islam untuk tanya pasal kad bank. Masih belum ada. Kebetulan masa tu streamyx pun takde, maka aku berubah menjadi orang yang takde keje nak buat. Aku layan tidur je la pagi tu. Lepas tu layan anime sikit. Walaupun kunci untuk kereta Viva ada je dengan aku masa tu, berserta duit yang telah diberi oleh Abah, tapi aku tidak keluar ke mana-mana. Hanya duduk di rumah layan apa yang ada dalam laptop ni sambil buat apa yang dah dirancang sebelum cuti.

SELASA – 16 JUN 2009

Sama seperti hari sebelumnya, kad bank masih belum ada lagi. Tapi aku telah diamanahkan untuk ke Pekan bagi mendapatkan beberapa barang dapur. Lepas tu aku bawa adik perempuan aku ke sekolahnya untuk ambil Sijil SPM. Apa yang berlaku selepas tu hanyalah aku dan laptopku…

[entri ini bersambung ke bahagian 2]

beliamuda:  lama aku amik masa nak edit gambar kat atas tu. Padahal nak tambah teks je.. nOOb gile dengan photoshop…

10 thoughts on “Personal: Seminggu yang lalu (Bahagian 1)

  1. Urusan kat bank memang meletihkan, hahaha.. (kalau orang ramai).

    *Dah banyak kali blah begitu sahaja sebab ramai sangat orang tunggu giliran* -_-

  2. Pingback: Personal: Seminggu yang lalu (Bahagian 2) « beliamuda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge