Salam sejahtera untuk semua.
AMARAN! Entri kali ini bersifat personal dan merupakan sambungan daripada entri sebelumnya. Entri ini ditujukan khas buat sahabat-sahabat Cheme Jan07 yang selalu bertanya apa yang aku buat dalam cuti ni. Entri ini juga untuk counter balik entri OBS budak scholar Petronas yang rata-rata mengisi blog masing-masing dengan aktiviti mereka berOBS selama seminggu. Sila teruskan pembacaan jika anda berminat.
RABU – 17 JUN 2009
Bank mengatakan kad bank telah ada. Sekitar pukul 10.30 aku turun dari rumah untuk ke bank. Rupa-rupanya orang yang ada kat bank sangat ramai dan lebih ramai daripada hari Ahad yang lepas. Sampai takde tempat untuk duduk. Aku hanya berdiri sepanjang berada di bank tu. Nak baca novel yang aku bawa pun tak selesa. Punya la lama tunggu. Bayaran parking pun dah berapa kali aku tambah. Risau jugak pegawai penguatkuasa tu datang menyaman. Aku dah serik kena saman bab parking ni. Ingatkan nak panggil kawan lama masa tu. Ajak dia borak-borak ke. Tapi blok kat bank tu macam takde kedai makan la pulak. Dah la sibuk gila area kat HUSM tu.
Akhirnya, dalam kul 12:30 jugaklah semuanya selesai. Kebetulan masa aku nak blah tu la penguatkuasa tu datang ronda dengan motor. Aku ingat takde orang ronda kawasan tu. Rupanya ada jugak. Lepas tu aku singgah di Kedai Ayamas Kubang Kerian. Makanan yang aku tu beli kena tunggu dalam setengah jam. Lama tu. Jadi, aku blah daripada situ ke tempat lain dulu. Cari kedai fotostat. Akhirnya, kat Pasir Tumboh jugaklah aku singgah. Lepas selesai, aku terus ke Kedai Ayamas tu balik untuk ambil makanan yang aku dah bayar tu. Lepas tu barulah aku balik ke rumah. Dalam pukul 2 dah masa tu. Memang keletihan la aku. Letih sebab terpaksa berdiri sepanjang aku berada di bank.
KHAMIS – 18 JUN 2009
Pada hari ini, aku sekali lagi diamanahkan untuk membawa adik perempuan aku ke sekolahnya untuk mendapatkan tandatangan pengesahan Tuan Pengetua untuk beberapa dokumen. Malangnya, pada hari tersebut, ada satu program sedang berjalan dan beliau tidak kedapatan di pejabatnya.
Jadi, Mama menyuruh aku ke sekolahnya untuk mendapatkan tandatangan daripada bosnya. Aku kepanasan je lah sepanjang menunggu segalanya selesai sambil ditemani Majalah PC. Kebetulan pulak tempat aku lepak tu dekat dengan kelas adik aku yang paling bongsu.
Sebelah petang, aku sepatutnya ke rumah ayah saudara aku untuk menjemput nenek ke rumah aku. Tapi, ada sedikit perubahan dalam perancangan, jadi aku meneruskan aktiviti rutin seperti biasa. Lewat malam tu, simptom demam mula timbul. Tekak aku terasa sakit. Makan ubat sakit tekak je la…
JUMAAT – 19 JUN 2009
Hari ini aku telah disuruh untuk bangun awal. Maksudnya, tak tidur selepas subuh. Sebabnya, ada satu tugasan yang memerlukan kudrat kami adik-beradik. Aku sebagai Along perlulah menjalankan tugasan-tugasan yang lebih berat. Selepas sarapan pada pagi itu aku, Abah dan Mama telah ke Pekan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah untuk jamuan solat hajat adik perempuan aku yang akan melangkah ke alam U.
Jamuan tu takdelah besar sangat, cuma tujuh kilo daging dan tujuh ekor ayam. Yang selebihnya barang-barang yang ringan je. Sebaik sahaja sampai ke rumah, ayam terus dihantar ke bahagian yang bertangunggjawab untuk membersihkannya. Aku ditugaskan untuk menyelesaikan bahagian daging bersama dengan adik lelaki aku yang tingkatan tiga. Untuk makluman, masa tu aku demam serta selsema. So, agak terganggu sikit la perlaksanaan kerja aku.
Kebetulan juga mak saudara aku sampai. Dia tolong Mama di bahagian masakan. Ada juga yang turut membawakan buah tangan kepada mereka yang menyumbang tenaga pada hari tu.
Selepas selesai dengan daging, aku terus pengsan sebab aku dah termakan ubat selsema (anti histamin) yang memang menyebabkan mengantuk. Ada la dalam sejam aku beradu. Lepas tu, terus bersiap untuk ke masjid. Aku pergi dengan kereta sepupu aku je sebab Abah perlu mengambil ais dan air gelen selepas solat Jumaat tu.
Solat hajat dilaksanakan sebaik sahaja para tetamu yang dijemput kembali dari masjid. Selepas itu, para jemaah dihidang dengan juadah yang telah tersedia. Sekitar sejam kemudian, sekali lagi aku menidurkan diri aku. Kali ni lebih dua jam aku bantai. Sebelah petangnya tu, ada lagi sanak saudara terdekat yang datang.
beliamuda: habis jua untuk entri personal kali ni.. banyak lagi entri personal yang bakal mendatang… hari Jumaat dan Sabtu minggu ni aku tak dapat online~~ [kredit untuk gambar via flickr]
Pingback: Personal: Seminggu yang lalu (Bahagian 1) « beliamuda
terisi molek cuti mu..aku tiap2 hari wat nde same jep..haha
lebih kurang je ngan aku.. cuma minggu lepas antara hari-hari yang aku berkesempatan untuk buat benda berlainan..
Tu psl!!!
heh… mung tu.. aku no komen la… zzz~~
banyak cerita mase cuti ye
bro,bedasarkan title blog ni iaitu
kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali
“kau” tu sape?hehe
huhu~~ “kau” tu adalah dia… aku ada citer sikit kat dalam entri Dedikasi Rakan Blogger Edisi April.
Gile byk laptop..
mintak bagi kat aku satu.. Beli murah je…
RM50 boleh>
mana boleh.. setiap laptop tu ada task tersendiri.. hehe~~