Dalam kesibukan sepanjang minggu ini, aku telah mengambil keputusan untuk berpindah daripada platform Blogspot kepada platform hosting berbayar. Kenapa pula aku nak guna platform yang berbayar? Sedangkan kalau aku guna Blogspot, percuma sahaja. Sebenarnya sudah lama aku ingin untuk menggunakan perkhidmatan hosting berbayar di atas beberapa kelebihan berbanding perkhidmatan blog percuma.
Ini adalah kali pertama aku menggunakan hosting berbayar. Proses sebelum blog ini dapat diwujudkan juga agak mencabar. Setelah selesai sahaja urusan pendaftaran dan pembayaran, aku terpaksa menunggu sebelum domain tersebut wujud (baca: propagate) dalam alam Internet. Setelah menerima emel pengesahan dan maklumat mengenai akaun aku di hosting tersebut, aku mula dengan langkah pertama untuk memuat naik WordPress ke pelayan (baca: server). Kenapa WordPress? Sebab pecuma dan aku perrnah menggunakan WordPress.com.
Aku juga telah mencipta localhost di dalam laptop aku untuk melihat sendiri bentuk blog tersebut apabila blog tersebut wujud di Internet. Di sinilah aku belajar untuk membina database menggunakan myPHP admin. WordPress juga telah menyediakan panduan yang lengkap dengan langkah-langkah yang mudah dituruti. Aku telah memuat naik semua fail berkaitan pada hari Isnin dan kebetulan hari tersebut cuti Maulidur Rasul. Semua proses seleasai usai petang tersebut.
Namun, aku masih belum berkesempatan memuat naik tema (baca: theme) untuk blog tersebut. Walaupun aku dah memang sedia ada tema-tema untuk wordpress yang telah aku muat turun untuk percubaan di localhost, namun tiada tema yang berkenan di hati untuk diguna. Kebetulan pula, selepas hari tersebut sambungan Internet telah jatuh sakit dan sedikit tenat. Tambahan pula, aku juga perlu bersedia untuk ujian dua subjek teras; Process Heat Transfer dan Chemical Thermodynamics dan satu subjek elektif iaitu Bahasa Arab Komunikasi. Disebabkan itu, proses untuk mencari tema untuk blog aku tertanguh.
Oleh sebab itu, aku muat turun mana yang sempat di kala sambungan Internet sedikit kuat dan memilih yang berkenan di hati. Kemudian, aku cuba di localhost terlebih dahulu untuk melihat hasilnya. Akhirnya, semalam aku berkesempatan untuk memuat naik ke pelayan dan memasang tema tersebut. Aku juga telah memindah semua entri yang pernah ditulis di http://beliamuda.blogspot.com ke sini. Proses tersebut sepatutnya mudah, tapi disebabkan sambungan ke pelayan yang aku daftarkan tidak menyokong sambungan TLS/SSL, maka aku pindahkan dulu entri tersebut ke http://beliamuda.wordpress.com sebelum aku muat turun ke laptop dan muat naik semula ke blog ini. Buat masa sekarang, inilah yang aku mampu lakukan dalam kesibukan sebagai seorang pelajar.
beliamuda: terima kasih kepada Hakim kerana memperkenalkan hosting yang murah ini.
Pingback: Kenapa Saya Mula Berblog? | beliamuda {dot} com
Pingback: beliamuda {dot} com Kini Berusia Setahun | beliamuda {dot} com