Kenapa Saya Mula Berblog?
Salam sejahtera buat semua.

Kenapa saya mula berblog? Melihatkan perkembangan semasa yang sihat dan pesat di dunia blog, dengan pertambahan mendadak pengguna blog percuma seperti blogspot, wordpress, live journal dan macam-macam lagi, apatah lagi mereka yang berblog menggunakan domain dan hosting sendiri, saya mula terimbau semula kenapa saya berblog.
Masuk bulan Disember tahun ni, hampir genaplah setahun saya mula berblog semula setelah lama terhenti sebelum itu. Tidak lama kemudian, beralih ke domain dan hosting sendiri, merangkak-rangkak belajar perkara berkaitan teknikal dan apa yang diperkatakan sebagai SEO dan SERP.
Terikut dengan trend semasa
Semasa saya membina blog sendiri di perkhimatan blog percuma blogspot dan wordpress pada lewat 2007, ianya disebabkan saya terikut dengan trend semasa. Pada masa tu, selalu sahaja baca blog-blog yang ditemui melalui enjin carian Google dan Yahoo. Blog yang berdomain sendiri pun masih kurang lagi.
Kebetulan dalam majalah PC, sudah banyak kali tutorial ringkas disediakan untuk membina blog di blogspot. Lama-lama, timbul juga keinginan untuk ada blog sendiri. Akhirnya, setekah diilhamkan dengan nama pena “beliamuda”, saya terus sahaja mendaftar di blogspot dan wordpress (combo terus masa tu).
Tapi, disebabkan tiada minat yang mendalam, saya hanya sesekali sahaja update blog pada masa tersebut. Tu pun banyak juga yang dikopipes terus daripada hasil tulisan orang lain. Lama-kelamaan, terus tak update sebab minat pun hilang.
Galakan daripada rakan-rakan
Selepas hampir setahun berlalu sejak saya masuk ke dunia blogger, saya kembali menulis semula. Ini disebabkan perkembangan baik blog di kalangan rakan-rakan. Pada masa ni, semakin ramai rakan-rakan yang berblog dan saya hanya menjadi pembaca senyap sahaja.
Akhirnya, kebetulan pada masa tersebut cuti semester, tergerak hati nak buka blog lama tu. Terperasan ada satu komen daripada seorang rakan. Komen daripada Irda itulah yang sedikit sebanyak menggerakkan saya untuk menulis semula.
Akhirnya, saya mula menulis semula dan mencari rentak menulis. Kebetulan pada masa tu aktif juga di sebuah forum tempatan. Dari situ, minat blogging dibina semula untuk memenuhi kepuasan diri.
Keseronokan dan Keghairahan
Semakin lama saya berblog, keseronokan dan keghairahan semakin timbul. Walaupun kadang-kadang timbul perasaan malas, tidak dapat tidak, saya rasa tercabar melihat orang lain mampu berblog dengan baik.Akhirnya, saya beralih ke domain dan hosting sendiri.

Semakin jauh saya masuk ke dalam komuniti blog Malaysia, saya telah menjumpai banyak blog-blog yang boleh dikatakan menjadi penggerak terawal kepada saya. Yang terawal memberi kesan ialah Justkhai, kemudiannya hadir lagi beberapa nama seperti Topo, Kak jie dan ramai lagi.
Melalui komuniti blogger seperti Negaraku, IMCurtain dan Gengblogger, semakin ramai rakan blogger yang saya kenali. Tapi, sumber inspirasi yang utama masih lagi kekal; “Kau Menjadi Inspirasi Untukku Menulis Kembali”.
beliamuda: [1] Tersilap eja mula jadi mual, maka tertulislah “saya mual berblog”, ngeh3 [2] Memulakan blog adalah mudah, untuk mengekalkan rentak berblog tu yang payah…



thanks sebab share kat sini…
iena´s last blog ..5 Steps to Body Confidence
[Reply]
beliamuda Reply:
December 31st, 2009 at 8:52 AM
@iena, sama-sama…
[Reply]
bez kowt blogging nih. ngahaha…
kalau ade domain sendiri, laggiiiii bez. ;p
[Reply]
beliamuda Reply:
December 31st, 2009 at 8:55 AM
@lee, nnt boleh la dapatkan domain sendiri…
[Reply]
weh… tumpang tanye…
ko hosting kat ne blog nih???
Pisyek´s last blog ..High Dynamic Range (HDR)
[Reply]
beliamuda Reply:
December 31st, 2009 at 8:56 AM
@Pisyek, aku hos di TNN… T&N la kot.. hehe.. npe?
[Reply]
Pisyek Reply:
December 31st, 2009 at 9:42 AM
@beliamuda,
saje… best ke? kalo best nk try gak service dia tu.. hahaha….
Pisyek´s last blog ..High Dynamic Range (HDR)
[Reply]
beliamuda Reply:
December 31st, 2009 at 9:56 AM
@Pisyek, ok la bagi hosting murah. tapi aku rasa cam nak pindah gi hosting lain la plak.. hehe..
[Reply]
go go chaiyok chaiyok… kira kira kalau org xde blog ni boleh la dikatekan ‘koman’ atau ‘kodi’ huhuh
nOj´s last blog ..saya SETIAUSAHA… tapi saya tidak sepanjang masa menambah bedak di muka
[Reply]
tp skrg ni sy plak yg kehilangan smgt nk berblog. mungkinkah blog ku itu akan terabai? huhu
[Reply]
beliamuda Reply:
December 31st, 2009 at 8:57 AM
@princess, ni pun berblog sambil meluangkan masa kat umah. rasanya bila start sem depan, dah tak dapat nak berblog macam ni lagi…
[Reply]
Setiap hari yang kita tinggalkan merupakan kenangan dan pengalaman… HIDUP BERANI UNTUK GAGAL…teruskan blogging.
[Reply]
beliamuda Reply:
December 31st, 2009 at 8:58 AM
@denaihati, terima kasih. harap2 dapat terus berblogging…
[Reply]
Gua rasa ingin berblog sebab dah jemur melepak kat web sosial haha ~
Eldy´s last blog ..Cara kreatif menukar background blog
[Reply]
arap2 ak pn leh ad domain n hosting sendiri..hehe
[Reply]
muhammad fakhruddin Reply:
December 30th, 2009 at 9:56 PM
@a1zudd1n, sama la kita

muhammad fakhruddin´s last blog ..PMR-Sandarkan Pada Kenangan
[Reply]
Tahniah dan semoga kuat berusaha..
zool´s last blog ..Kanun Tanah Negara
[Reply]
beliamuda Reply:
December 31st, 2009 at 9:01 AM
@zool, terima kasih zool
[Reply]
semoga blogger malaysia terus maju kehadapan. hehe
mohdisa´s last blog ..Serangan Malware Bakal Menemui Kita di 2010
[Reply]
beliamuda Reply:
January 1st, 2010 at 8:22 AM
@mohdisa, sama-sama kita menggerakkannya..
[Reply]
Salam Beliau Muda,
Memang benar apa yang hang kata. Untuk buat blog memang mudah. Dalam masa setengah hari sudah boleh siap. Tapi untuk kekalkan dan pasarkan blog, memang memerlukan tenaga dan masa.
Tapi itu la namanya bila dah bercinta dengan Blog.
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Semoga BeliaMuda semakin mantap : )
Incik RestNrilekS´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal Sempena 2010 : Edisi Kraf Anyaman Rotan
[Reply]
beliamuda Reply:
January 1st, 2010 at 8:32 AM
@Incik RestNrilekS, selamat tahun baru dan terima kasih. sama-sama kita memantapkan dunia blog..
[Reply]
terima kasih blog nie dh byk bantu sy memajukan lagi blog
[Reply]