Melayu Boleh: Suatu Frasa Penuh Cerita dan Liku

Salam sejahtera buat semua.

Melayu Boleh

Mengimbau kembali liku-liku perjalanan sebuah kisah yang telah lama berlaku. Sebuah kisah yang sebenarnya bermula daripada sebuah frasa ringkas; Melayu Boleh.

Ayat ini sepatutnya menjadi suatu pembakar semangat buat bangsa dan kaum Melayu, namun sebaliknya telah menjadi suatu benda yang memalukan dan mengaibkan.

Kisah Melayu Boleh

Kisahnya bermula tidak lama dahulu. Seingat saya, ianya mula timbul ketika saya darjah enam. Kisah ini disensasikan dengan hangatnya oleh akhbar tabloid. Mungkin mereka memikirkan isu seks dan lucah itu akan melariskan akhbar mereka.

Nasib baik tiada gambar yang tidak patut keluar, walaupun ada juga paparan foto yang telah diblurkan. Kemasukan kisah sensasi ini ke akhbar tabloidlah yang bertanggungjawab menyebarkannya kepada masyarakat. Manakan tidak, hampir semua lapisan masyarakat mengetahuinya.

Pada ketika itu, tiada sambungan internet yang pantas seperti sekarang. Yang ada hanyalah internet dial up 1515 TM. Akhirnya, lahirlah sebuah igauan ngeri. Sebuah frasa Melayu Boleh yang membawa kepada kisah seks yang lucah melampau, yang bermula di dunia maya.

Sehinggakan perkataan Melayu pun penuh dengan laman-laman lucah di enjin carian. Mungkin itulah permulaan zaman gelap dunia Melayu di internet. Sebut sahaha Melayu Boleh, ada bermacam kisah. Melayu boleh collection, cerita lucah, video seks (masa tu tiada lagi 3gp) dan bermacam-macam lagi.

Siapakah Babyrina?

Babyrina, suatu nama yang dikaitkan dengan Melayu Boleh. Lebih kepada memalukan pada pandangan saya. Boleh katakan inilah salah satu najis yang paling berat dalam kisah Melayu zaman moden di awal alaf baru. Memalukan!

Saya tidak pasti siapa sebenarnya dia. Dikatakan, Melayu Boleh itu ada kaitan dengan namanya apabila video seksnya dipaparkan dan disebarkan. Mungkin juga pada masa itu dia gunakan domain Melayu Boleh?

Inilah asas kepada lahirnya banyak laman-laman lucah di dunia Melayu. Tidak keterlalulan jika saya katakan Babyrina adalah individu yang bertanggungjawab kepada wujudnya 3gpmelayuboleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge