Tag: UTP

  • Kesibukan Bulan April Menghampiri Klimaks

    Salam sejahtera buat semua.

    Bulan-April

    Bagi semester Januari, bulan April adalah antara bulan yang paling sibuk dengan segala macam hal. Kebiasaannya, dalam bulan inilah akan datang segala projek-projek besar dalam setiap subjek dan tugasan-tugasan yang berat.

    Esok, hari penilaian untuk projek ETP. Diharapkan segalanya berjalan dengan lancar. Sejak dua tiga hari ni sibuk dengan sentuhan terakhir bagi projek ni. Kebetulan pula saya ditugaskan untuk membuat poster bagi projek kumpulan kami.

    (more…)

  • Motorola Charity Night – Meraikan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

    Salam sejahtera buat semua.

    charity night 2010 ticket

    Satu undangan tanpa perancangan semalam membawa saya berada di Chancellor Hall (CH), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Motorola Charity Night yang diadakan sempena dengan Child Provision (Child Pro) 2010.

    Lewat petang tu dah keletihan bermain badminton dengan rakan-rakan daripada pukul 3 hingga 5, saya diajak oleh Farhan untuk ke CH. Sepatutnya kena bayar RM5 untuk tiket masuk ke sana (yang kemudiannya akan didermakan kepada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak) tetapi telah disumbangkan oleh Rektor (yang diberi melalui beberapa orang pelajar lain).

    (more…)