beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Motorola Charity Night – Meraikan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Diposkan oleh yang telah menulis 1110 entri

Salam sejahtera buat semua.

charity night 2010 ticket

Satu undangan tanpa perancangan semalam membawa saya berada di Chancellor Hall (CH), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Motorola Charity Night yang diadakan sempena dengan Child Provision (Child Pro) 2010.

Lewat petang tu dah keletihan bermain badminton dengan rakan-rakan daripada pukul 3 hingga 5, saya diajak oleh Farhan untuk ke CH. Sepatutnya kena bayar RM5 untuk tiket masuk ke sana (yang kemudiannya akan didermakan kepada Rumah Perlindungan Kanak-Kanak) tetapi telah disumbangkan oleh Rektor (yang diberi melalui beberapa orang pelajar lain).

Pergi dengan meredah hujan renyai-renyai ke CH, kami tiba sekitar 8.30. Dewan semakin dipenuhi. Malu jugak bila terserempak dengan salah seorang komiti (yang juga rakan sekelas semasa di MRSM PC) yang telah awal-awal mengajak datang ke sini, tetapi telah ditolak mentah-mentah.

charity night 2010 utp

Majlis dimulakan dengan tayangan montaj Child Pro 2010, diikuti dengan ucapan daripada Pengarah Projek. Selepas itu majlis diteruskan dengan persembahan daripada tiga orang pelajar Tronoh Theater Shop (TTS) dengan gaya yang cukup menggelikan hati yang seterusnya membawa kepada perasmian Motorola Charity Night oleh Rektor (dijemput naik oleh tiga pelajar ini yang gayanya macam badut).

Persembahan seterusnya adalah daripada Orang Kurang Upaya (OKU). Seorang wanita yang lumpuh tangan kirinya memainkan harmonika. Melodi yang dimainkan agak menyentuh perasaan dan audien turut sama bertepuk tangan mengikut alunan melodi harmonika tersebut. Antara melodi yang dimainkan ialah Rasa Sayang. Tarian daripada OKU berkerusi roda dan lima yang lain menyusul selepas itu. Terpancar kegembiraan daripada mereka berlapan.

child-pro-donation

Menjadi simbolik perasmian dalam majlis semalam ialah Rektor memasukkan duit syiling yang dikumpulkan ke dalam tabung khas. Di pertengahan majlis, kanak-kanak daripada Rumah Perlindungan yang hadir menulis harapan mereka di atas belon dan dibeli oleh audien dengan harga RM2 sebagai sumbangan derma. Tersenyum sendiri dengan harapan yang ditulis oleh mereka di atas belon-belon tersebut.

liyana fizi

Turut memeriahkan majlis tersebut ialah persembahan silap mata yang menarik dan memukau penonton, serta nyanyian lagu daripada Liyana Fizi (Estrella), Vick (Malaysian Idol) dan Danell Lee (Malaysia Idol 2). Masing-masing menyanyikan tiga lagu kecuali Liyana Fizi yang menyanyikan satu lagu tambahan atas permintaan audien.

Yang paling menyentuh perasaan dalam Charity Night ini ialah perkongsian kisah kehidupan daripada pasangan En. Mohd Ridzuan Mohd Yusof dan Pn. Suriani Sumardi. Anak mereka, Mohd Iman Akhbar yang menderita penyakit hydrocephalus (air dalam kepala), memerlukan sumbangan bagi membiayai perubatannya.

adik iman akhbar

Untuk mendapatkan perubatan bagi adik Iman, mereka terpaksa berulang-alik daripada Kuala Ketil, Kedah ke Hospital Pulau Pinang. Selalunya ia menelan kos RM150 untuk kenderaan sahaja. Pernah juga mereka pergi dengan motor sahaja kerana kos perjalanan yang mahal. Untuk pengetahuan, sudah enam kali adik Iman menjalani pembedahan.

Melihat kisah sedih mereka, terfikir begitu mudah bayi dibuang sekarang ni. Pasangan ini bersusah payah untuk keselesaan anak mereka. Tambahan lagi, mereka mempunyai empat orang anak termasuk adik Iman. Sedikit bantuan diharapkan dapat meringankan beban mereka.

beliamuda: Laman Child Pro 2010.

04

April
2010
Masa: 0:00

23 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. kesian bila tengok kepala budak tu..bersyukur sangat bila kita dilahirkan dengan cukup sifat ni..
    .-= aizuddin´s last blog ..Tulis & Menang ariffshah.com =-.

    [Reply]

  2. yup, saat yang paling sedih masa perkongsian tu…

    ohhh, bru tau, rupenye tiket free tu rektor yang belanja.
    NK dapat tiket free gak :P

    membe bg 3 lg! ahha
    .-= NK´s last blog ..Geng Blogger : Sumber trafik untuk blogger =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @NK, Rektor bagi banyak rasanya. Ni ada lima, tpi dua je diguna.

    [Reply]

  3. wah…dewan korang seperti lagi cantik dari dewan UPM
    maaf…lari topik jap

    oh! aku teringin nak jadi volunteer utk program kebajikan…tp tak tahu bagaimanakah caranya
    .-= mokteh´s last blog ..I’m A Loner? Jalani Hidup dengan Gembira =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @mokteh, kalau nak jadi volunteer, boleh je mendaftar melalui NGO berkaitan. Dalam uni pun besenya ada badan2 ni bergerak.

    [Reply]

  4. Semoga ramai lagi yang menghulurkan banruan kepada yang memerlukan.
    Sikap mereka yang berbakti ini mmg patut dipuji..
    .-= Mus´s last blog ..WaduH!!.. WANGINYA Bantal Buchuk Mikail =-.

    [Reply]

  5. owh, rugi
    tidak berkesempatan utk pergi
    .-= penaberkala´s last blog ..1 MINUTE OR 1 MINIT? =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @penaberkala, oghe sibuk.. ^_^

    [Reply]

  6. Masih ramai yang kurang bernasib baik diluar sana. Bersyukurlah kerana kita masih mampu.

    p/s : Macam mana nak derma?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @imran, kalau nak derma terus tu, saya tak tahu pulak salurannya, sebab derma yang diberikan kepada adik Iman tu melalui program ni.

    boleh check di sini untuk lebih lanjut >> http://childprovision.com/?p=86

    [Reply]

  7. aku setuju apa yang ko cakap tu. ada yang bersusah payah jaga anak mereka yang sakit tapi ada yang senang2 buang anak mereka yang sihat. memang macam langit dengan bumi bezanya.
    .-= zaiMi´s last blog ..Perlumbaan Formula 1 Di Malaysia 2010 =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @zaiMi, inilah bezanya dalam hubungan yang dihalalkan dan hubungan yang haram.

    [Reply]

  8. Salam perkenalan…tu la…kadangkala kita rasa tak cukup dengan apa yang kita ada padahal ramai lagi orang yang takda apa yang kita ada…

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @zedzaidi, yup. betul tu. mmg rasa simpati sangat masa sesi bersama keluarga adik Iman tu. Malam tu adik Iman ada sekali.

    [Reply]

  9. Aku memang plan nak pergi majlis tuh..tapi terpaksa cancel last minit..huhu..baru tau beliamuda adalah budak UTP. :)
    .-= Jmay´s last blog ..Rezeki dikala sibuk =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Jmay, yup, i’m UTPian.

    [Reply]

  10. Bila tgk adik imam rsa bersyukur yg teramat dgn segala nikmat ksempurnaan Allah SWT bg ni
    .-= kuyam´s last blog ..kau senang cakap sebab kau tak merasa =-.

    [Reply]

  11. oh, ramai x yg pegi? estrela dtg kot, woot, woot~ =)

    x berkesempatan nk pegi, smlm event, td event…

    letih2… huhuhu.. T__T
    .-= Pisyek´s last blog ..BackTrack 4 untuk hacker sejati =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, Liyana Fizi je datang.

    [Reply]

  12. Bagus2! tp malangnya promosi acara ni tenggelam skit dpd umum.

    Maybe ramai lg sibuk nak tgok ABPBH kot??!! :P
    .-= Jazmi´s last blog ..30 Pelajar Terbaik SPM 2009 Terima Biasiswa Nasional =-.

    [Reply]

  13. bagusnya kumpulan ini…ramai insan kita yg punyai kasih sayang sesama manusia tetapi masih ramai juga yg tidak berhati perut membuang bayi begitu saja..zalim!
    .-= wanwma´s last blog ..6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Selepas Kahwin… =-.

    [Reply]

  14. elok diperbanyakkan lagi majlis2 seperti ini utk membantu kanak2 yg kurang bernasib baik & membuatkan kita rasa insaf

    p/s: dulu aku pernah join MAKNA selama setahun..tiap2 bulan tolak dr kad kredit..
    .-= Nadri´s last blog ..Perginya Seorang Pelawak & Penghibur =-.

    [Reply]

  15. mari kite sedekahkan do’a.. jika mampu sedekah lebih ^^

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv badge