Tag: UTP

  • Cuti yang membawa kalut dan keletihan (2)

    Salam sejahtera buat semua.

    Entri adalah sambungan daripada entri sebelumnya

    Semasa solat Jumaat, khutbah yang disampaikan adalah berkaitan H1N1. Imam mengambil peluang semasa membaca khutbah untuk mengumumkan penutupan UTP yang bermula pada pukul 3 petang. Sepanjang khutbah, Imam banyak mengingatkan tentang sebab datangnya H1N1 dan apakah yang perlu dilakukan. Kerana tiba agak lewat, saya tidak sempat untuk mendengar keseluruhan khutbah.

    Selesai sahaja solat Jumaat, saya mengambil peluang untuk membuka semula elearning. Nasib saya baik sebab dapat akses masuk dan membaca sendiri notis rasmi tersebut, sebelum menyalin dan menyiarkannya dalam entri di blog ini.

    (more…)

  • Cuti yang membawa kalut dan keletihan

    Salam sejahtera buat semua.

    Dua hari yang lalu, iaitu Jumaat lepas, saya ada memasukkan dua entri mengenai penutupan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Dalam kekalutan menerima berita penutupan itu, pelbagai perkara dan masalah datang melintang.

    Lewat malam Jumaat tersebut, terdapat beberapa berita tersebar mengenai penutupan UTP. Namun, masih belum ada kesahihan akan hal tersebut. Yang ada hanyalah penyebaran notis tentang masalah terkini berkaitan H1N1 di UTP. Semasa membaca notis tersebut, tidak tergambar langsung yang UTP akan ditutup.

    (more…)

  • Selamat sampai di UTP akhirnya

    Salam sejahtera buat semua.

    Selamat-belajar-July-09

    Alhamdulillah. Akhirnya aku sampai juga ke UTP untuk memulakan sesi semester July 2009. Kelas pertama akan bermula pada 20 haribulan ni. Aku tiba kira-kira pukul 12 tengah hari setelah dua jam perjalanan dari USM Kampus Induk, Pulau Pilang. Sebaik sahaja tiba, terus sahaja aku ke klinik untuk pemeriksaan saringan H1N1. Nasib baik lepas sebab dia cuma check suhu badan je (lebih tepat lagi suhu dahi.. :p). (more…)

  • Mesti Baca UTPian: Maklumat berkenaan keputusan peperiksaan Jan 09

    Salam sejahtera buat semua.

    Disebabkan peratusan untuk pelajar UTP membuka laman rasmi UTP pada masa cuti adalah rendah, maka aku dengan rela hati copy paste satu pengumuman penting untuk tatapan semua pelajar UTP. Pengumuman di bawah adalah berkenaan dengan keputusan peperiksaan semester Januari 2009.

    (more…)