Tag: UNIC

  • UNIC – Hanyut

    UNIC_Langkah Tercipta

    Lagu ‘Hanyut‘, salah satu daripada empat lagu baru dalam album terbaru UNIC, Langkah Tercipta. Lagu ini mempunyai rentak yang mengasyikkan dan lirik yang menarik. Aku berkesempatan untuk menyalin lirik ini, memandangkan lirik lagu ini belum lagi disebarkan dalam Internet. Ada beberapa bahagian dalam lagu ini yang agak susah untuk ditangkap ayatnya, namun setelah hampir semingu berusaha menyalin semula lirik itu berserta bantuan daripada Nur Akmal, aku berjaya melengkapkan salinan lirik tersebut. Kepada pembaca blog ini yang turut mendengar lagu ini, sila komen tentang lirik ini. Kalau ada mana yang salah tu, silalah jangan segan silu untuk beritahu. Mohon bantuan ya.

    (more…)

  • Lirik Lagu Langkah Tercipta – UNIC

    computer_worm

    UNIC baru sahaja mengeluarkan album terbaru mereka yang bertajuk “Langkah Tercipta”. Aku belum berkesempatan untuk mendapatkan album ini lagi, namun lagu “Langkah Tercipta” telah mula tersebar. Aku berusaha mencari lirik lagu tersebut, namun tidak ketemu. Maka, aku mengambil inisiatif untuk menyalin semula lirik tersebut daripada lagu yang didengar. Kalau ada sebarang kesilapan, sila maklumkan.

    Langkah Tercipta

    Semalam aku kelukaan,
    kecewa kehampaan,
    mencalar ketabahan,
    mimpi yang sering ku harapkan,
    menjadi kenyataan,
    namun tak kesampaian.

    Allah…
    Inginku hentikan langkah ini,
    bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
    semangat tenggelam,
    lemah daya,
    haruskah aku mengalah,
    namun jiwaku berbisik,
    inilah dugaan.

    Dan langkahku kini terbuka,
    pada hikmah dugaan,
    uji keimanan (menguji keimanan),
    tak dilontarkanNya ujian,
    di luar kekuatan,
    setiap diri insan.

    Allah…
    Pimpinlah diriku,
    tuk bangkit semula,
    meneruskan langkah,
    perjuangan ini,
    cekalkan hati dan semangatku,
    kurniakan ketabahan,
    agar mimpi jadi nyata,
    padaMu ku meminta.

    Daku mohon agung kudratMu,
    wahai Tuhan yang satu,
    segalanya dariMu.

    Lagu : Bazli
    Lirik : Bazli & Atie