Tag: matrikulasi

  • Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi

    Salam sejahtera buat semua.

    [TerbaruMaklumat Fasa 2 Permohonan ke IPTA]

    Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2009 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

    FASA

    1. Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
      1. Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
      2. Fasa 2 – Pengemaskinian
    2. Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.

    (more…)

  • Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    [Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

    Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

    Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

    1. Jurusan Sains (M001)
    2. Jurusan Perakaunan (M003)
    3. Aliran Teknikal (M007)

    (more…)