Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2010/2011]

Tarikh untuk semakan Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 akan mula dibuka mulai 8 Februari sehingga 19 Februari.

Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan program matrikulasi sama ada dengan mengisi borang OMR atau melalui Internet.

Continue reading

Permohonan Kemasukan ke IPTA Secara Online Sepenuhnya Untuk Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf (Matrikulasi, PASUM dan Asasi) dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian (online) secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 Nov lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Dis ini.

Continue reading

Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi

Salam sejahtera buat semua.

[TerbaruMaklumat Fasa 2 Permohonan ke IPTA]

Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2009 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

FASA

  1. Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
    1. Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
    2. Fasa 2 – Pengemaskinian
  2. Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.

Continue reading

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru: Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012]

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Continue reading