Salam sejahtera buat semua.
Perhatian kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang membuat permohonan ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2010/2011 boleh menyemak keputusan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) ambilan kedua dan calon rayuan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011 untuk .
Cara Semakan
- Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 untuk Ambilan Kedua boleh disemak dengan dua cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 760704085973 dan hantar ke 15888.
- Keputusan permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 untuk Calon Rayuan boleh disemak dengan dua cara;
- Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.
- Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAR (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAR 960704085973 dan hantar ke 15888.
Sila hubungi Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 jika terdapat sebarang pertanyaan dan merujuk laman web Bahagian Matrikulasi KPM untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 untuk ambilan kedua dan calon rayuan.
Leave a Reply