Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Seperti yang dimaklumkan dalam entri tarikh semakan dan kemaskini matrikulasi 2011, semakan permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk sesi 2011/2012 telah pun dibuka mulai hari ini, 21 Feb sehingga 6 Mac 2011.

Lepasan SPM 2010 yang membuat permohonan Program Matrikulasi KPM sesi 2011/2012 boleh membuat semakan dan kemaskini permohonan sahaja dan tiada permohonan baru yang boleh dibuat.

Tarikh Semakan dan Kemaskini Borang Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Buat adik-adik pelajar lepasan SPM 2010 yang masih tertanya-tanya bilakah proses semakan dan kemaskini permohonan Matrikulasi Sesi 2011/2012 boleh dilakukan, pihak Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan pemberitahuan berkenaan hal ini.

Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda untuk mengelakkan masalah keciciran semasa membuat proses semakan dan kemaskini nanti.

Continue reading

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Terbaru: Permohonan kemasukan ke Matrikulasi 2012 untuk pelajar SPM 2011!

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 (calon SPM 2010) sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga 10 Oktober 2010.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

  1. Jurusan Sains (M001)
  2. Jurusan Perakaunan (M003)
  3. Aliran Teknikal (M007)

Continue reading