Tag: kelantan

  • Keputusan Final Piala FA 2011: Kelantan vs Terengganu

    Salam sejahtera buat semua.

    Final Piala FA 2011

    Akhirnya perlawanan akhir piala FA untuk tahun 2011 telah pun bermula. Pertemuan final Piala FA 2011 menyaksikan pertemuan dua pasukan jaguh dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

    Dalam pertemuan perlawanan Liga Super sebelum ini pada 6 Jun 2011, Kelantan telah berjaya menumpaskan Terengganu dengan jaringan gol 3 berbalas 0. Kemenangan Kelantan ke atas Terengganu telah melonjakkan Kelantan ke tangga teratas dalam Liga Super.

    (more…)

  • Bercuti Semester di Kampung

    Salam sejahtera buat semua.

    Alhamdulillah, dapat jua saya jejakkan kami semula di rumah untuk bertemu dengan keluarga di kesempatan cuti semester selama seminggu ini. Oh, cuti semester yang cuma seminggu sahaja.

    Dengki pula apabila tahu adik saya yang belajar di USM akan bercuti sehingga bulan September nanti. Lama tu. Apalah nanti nak buat kat rumah? Tidur dan makan je la kan? Lebih tepat, mengulang siaran RTM je la…

    Perjalanan balik kali ini ditempuh bersama Anuar dan Baha. Jalan agak lengang sepanjang perjalanan daripada UTP ke kampung halaman (UTP – Ipoh – Kuala Kangsar – Gerik – Jeli – Tanah Merah – Machang – Melur – Jelawat) tanpa sebarang masalah.

    (more…)