Keputusan Final Piala FA 2011: Kelantan vs Terengganu

Salam sejahtera buat semua.

Final Piala FA 2011

Akhirnya perlawanan akhir piala FA untuk tahun 2011 telah pun bermula. Pertemuan final Piala FA 2011 menyaksikan pertemuan dua pasukan jaguh dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

Dalam pertemuan perlawanan Liga Super sebelum ini pada 6 Jun 2011, Kelantan telah berjaya menumpaskan Terengganu dengan jaringan gol 3 berbalas 0. Kemenangan Kelantan ke atas Terengganu telah melonjakkan Kelantan ke tangga teratas dalam Liga Super.

Continue reading

Bercuti Semester di Kampung

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, dapat jua saya jejakkan kami semula di rumah untuk bertemu dengan keluarga di kesempatan cuti semester selama seminggu ini. Oh, cuti semester yang cuma seminggu sahaja.

Dengki pula apabila tahu adik saya yang belajar di USM akan bercuti sehingga bulan September nanti. Lama tu. Apalah nanti nak buat kat rumah? Tidur dan makan je la kan? Lebih tepat, mengulang siaran RTM je la…

Perjalanan balik kali ini ditempuh bersama Anuar dan Baha. Jalan agak lengang sepanjang perjalanan daripada UTP ke kampung halaman (UTP – Ipoh – Kuala Kangsar – Gerik – Jeli – Tanah Merah – Machang – Melur – Jelawat) tanpa sebarang masalah.

Continue reading

Selamat Kembali ke Sekolah untuk Sesi Persekolahan 2011

Salam sejahtera buat semua.

sekolah banjir

Hari ini, 3 Januari 2011, sesi persekolahan untuk tahun ini bermula. Semua sekolah di seluruh negara akan memulakan sesi pengajian bermula hari ini termasuk negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah yang diberikan cuti peristiwa semalam sebagai ganti cuti kemenangan Malaysia pada Piala Suzuki AFF 2010.

Pasti pelbagai ragam adik-adik yang baru memasuki Tahun 1 sekolah rendah dapat dilihat hari ini. Ada yang menangis, merengek tidak mahu ke sekolah. Ada yang takut ditinggalkan oleh ibu bapa. Tidak kurang juga yang gembira dengan suasana dan persekitaran yang baru.

Continue reading

(Video) Gol Final Piala Malaysia 2010 Kelantan vs Negeri Sembilan

Salam sejahtera buat semua.

Kelanta vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2010

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 semalam, Kelantan akhirnya berjaya menundukkan Negeri Sembilan degan gol 2 – 1 untuk menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.

Saksikan video gol yang dijaringkan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 semalam.

Continue reading