beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Tertipu Oleh Transaksi dan Urusan Pembelian Secara Online

Diposkan oleh yang telah menulis 1110 entri

Salam sejahtera buat semua.

Online Shopping Fraud

Beberapa hari lalu, timbul lagi isu pengguna yang tertipu dengan jualan melalui Internet. Kali ini, pembeli yang dikatakan membeli sebuah iPhone 4S pada harga sekitar RM1700, namun apa yang diterima adalah bungkusan yang mengandungi berus cat dan replika iPhone (Harian Metro, 16 Februari 2012).

Banyak lagi kisah penipuan dalam talian yang telah terjadi dan saban hari, masalah ini pastinya meningkat dengan kecenderungan pembeli memilih transaksi secara dalam talian. Cuma yang kurang adalah kesedaran pengguna untuk berhati-hati dan memilih platform yang betul untuk urusan jual beli.

Meneliti secara ringkas kejadian yang menimpa mangsa pembeli ‘iPhone 4S’ tersebut, agak pelik apabila penjual tersebut masih lagi menghantar barang kepada pembeli walaupun bukan yang seperti diiklankan. Sedangkan, kalau individu yang menipu tersebut tidak berbuat apa-apa, pastinya tiada lansung modal yang perlu dikeluarkan. Berita tersebut juga pastinya tidak menjadi sensasi.

iPhone 4S

Pengalaman saya sendiri yang telah beberapa kali melakukan transaksi jual beli secara dalam talian, tidak pernah lagi saya menjadi mangsa penipuan. Pemilihan penjual yang diyakini dan berurusan di platform yang betul patut menjadi pemberat dalam urusan jual beli dan bukannya harga yang ditawarkan. Memang nampak murah, tetapi bagaimanakah dengan barang yang akan kita perolehi nanti?

Kesimpulannya, kita sebagai pengguna perlulah berhati-hati di Internet. Gunakan enjin carian untuk menyelidik serba sedikit mengenai urusan yang sedang kita lakukan. Jangan kerana kes penipuan seperti ini, ia akan menjejaskan kepercayaan ramai pihak dengan urusan dalam talian. beliamuda: Sebelum keluar duit beribu-ribu untuk pembelian, entah berapa kali fikir sebelum buat keputusan.

beliamuda: Semoga tidak terputus hubungan dengan dunia luar…

17

February
2012
Masa: 19:00

6 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. Irsyaduddin Zakwan

    Setakat ni, ak dh beli 4 item online. sekali pon x kena lagi. Rasenye ni berlaku sebab pembeli tak check latar belakang penjual. Biasanya sebelum beli, kena tengok feedback dr org yg dh beli dulu. Insyaallah, xkn tertpu

    p/s – bestnye mg da keje :p

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Irsyaduddin Zakwan, Yup, biasanya yang kena tipu mudah2 ni tak semak latar belakang penjual tu rasanya. Aku rasa dalam empat item tu, ada yang aku tolong uruskan urusan pembayaran kan? Hehe.

    ps: best eh? =P

    [Reply]

  2. aku rasa kalo nk beli brg on9, baik pgi kat forum lowyat ke ape ke..alhamdulillah, setakat ni aku x penah kena tipu =)
    hazwan´s last blog about ..9 Fakta Tentang Lelaki dan MemasakMy Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hazwan, forum Lowyat antara yang bagus untuk digunakan, tapi ada juga user yang cuba menipu. Makanya, perhatikan reputasi user yang kita akan membuat transaksi tu.

    [Reply]

  3. lbh baik beli yg face to face.. cara on9 nie dah mcm2 kes dah.. hihi
    KL@n@´s last blog about ..Tempat Menarik Di Langkawi – 2 Hari Pusing Pulau (Pt 3)My Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @KL@n@, kalau beli barang yang harganya boleh dianggap tinggi, lebih selamat kalau jumpa berdepan dengan penjual. Dapat tengok dan teliti sendiri barang yang nak dibeli tu kan.

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv badge