Sekalung tahniah buat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

NIK NUR MADIHAH (kiri) menerima ucapan tahniah daripada Siti Nur Fatimah dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Keputusan SPM 2008 yang diumumkan beberapa hari yang lalu telah mencatat pelbagai detik suka dan duka buat setiap pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Keputusan SPM kali ini juga dikatakan lebih baik dengan peningkatan pelajar yang menjawab dalam Bahasa Inggeris untuk subjek Sains dan Matematik.  Statistik ini cuba digunakan Kementerian berkenaan untuk menangkis bantahan umum terhadap PPMSI.  Sesiapa yang tidak tahu apakah itu PPMSI, boleh cari dengan Google dan pelajar UTP sila guna Yahoo atau lain-lain, sebab Google tak boleh diakses sekarang ni kan? Tapi, bukan itu yang aku nak perkatakan.

Apa yang menarik perhatian pada kali ini ialah pencapaian cemerlang pelajar SM (Agama) Maahad Muhammadi Kota Bharu yang memperolehi 19 A1 dan 1 A2. Pencapaian Nik Nur Madihah ini diiktiraf oleh Kementerian sebagai terbaik untuk tahun 2008, berbanding seniornya, Siti Fatimah Mukhtar yang tidak diiktiraf.

Siti Fatimah Mukhtar TIDAK di iktiraf sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006 kerana didapati dia adalah seorang penjenayah. Jenayah-jenayah yang dilakukan oleh Siti Fatimah ialah:

1.) Pelajar Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan.
2.) Anak ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).
3.) Berasal dari Negeri Islam Kelantan.
4.) Bukan ahli Puteri UMNO Baru.
5.) Bukan ahli agama sesat Islam Hadhari

Seperti yang di atas, itulah perkara yang dikatakan menjadi penyebab kepada isu itu. Aku bukan mahu timbulkan isu, tapi itulah yang aku petik daripada tulisan seorang blogger yang lain. Pencapaian Siti Fatimah untuk SPM 2006 ialah 17 A1 dan 1 A2. Aku sendiri pernah berjumpa dengan Fatimah sebaik sahaja peperiksaan SPM selesai. Kami sama-sama belajar di Smart Reader Kota Bharu. Aku boleh katakan di seoarang pelajar yang baik, sederhana percakapannya dan baik akhlaknya. Bahasa Inggeris dia pun boleh tahan. Sekurang-kurangnya lebih baik daripada aku sendiri… :p.

Pencapaian Nik Nur Madihah lebih mengkagumkan. Sebagai seorang anak nelayan dan tukang cuci, dia berjaya mencatatkan kecemerlangan walaupun dihimpit kesusahan. Nik Nur Madihah turut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM4000 daripada Yayasan Nelayan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

beliamuda: Buat pelajar SPM 2008 yang lain, tahniah untuk anda…  yang kurang berjaya, masih banyak lagi bidang lain untuk diceburi…

One thought on “Sekalung tahniah buat Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge