Harga Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Samsung Galaxy Note II

Mesej di Facebook sendikit rancak hari ni walaupun tuan badan demam apabila seorang rakan yang menggunakan iPhone 4S bertanyakan tentang harga Samsung Galaxy Note. Kebetulan juga Samsung Galaxy Note 2 dilancarkan pada hari ini dan bakal dijual di Malaysia pada 19 Oktober nanti.

Mengambil petikan daripada blog Amanz, “Samsung Galaxy Note 2 membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, bateri berkapasiti 3100 mAh, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.9-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan Android 4.1 Jelly Bean padanya.”

Continue reading

Pak Cik Umur 50 Tahun Duduki PMR 2012

Salam sejahtera buat semua.

Pak Cik umur 50 Ambil PMR 2012

Nampaknya abang dah buat kesilapan besar apabila hanya mengucapkan selamat berjaya buat pelajar Tingkatan 3, sedangkan ada calon lain yang bukan daripada Tingkatan 3 turut menduduki PMR 2012.

Dalam surat khabar Harian Metro pada hari ini ada menyiarkan berkenaan calon paling tua yang menduduki PMR 2012 iaitu seorang pak cik yang berumur 50 tahun. Pak cik ini menduduki PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara, Johor Bahru. Turut bersama pak cik ini ialah seorang lagi rakan yang berusia dalam linkungan 4-an.

Continue reading

Jadual Persekolahan dan Cuti Sekolah Malaysia 2013

Salam sejahtera buat semua.

Jadual persekolahan dan cuti sekolah di Malaysia untuk tahun 2013 atau juga dikenali sebagai Takwim Sekolah 2013 telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Jadual tersebut boleh didapati di portal MOE (bertarikh 3 Oktober 2012).

Untuk kemudahan rakan-rakan pembaca yang datang ke sini, saya turut siarkan takwim berkenaan di bawah untuk tatapan semua. Diharapkan takwim sekolah untuk tahun 2013 ini dapat membantu ibu bapa dan para guru untuk merancang aktiviti dan percutian masing-masing.

Continue reading