Gelagat Manusia di Halaman Sembang

Hari ini, sesi pertama persekolahan di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Maknanya, di rumah aku sekarang ni, hanya tinggal aku keseorangan. Seperti biasa, aktiviti aku ialah belayar di Internet. Huhu~~.

Sejak akhir-akhir ini, aku begitu asyik membaca forum dan blog-blog yang aku terjumpa berdasarkan kata kunci (keyword) yang aku guna. Semuanya berkaitan blog, adsense dan seangkatan. Tapi, rasa bosan juga kalau baca sahaja. Tambahan pula, yang dibaca adalah perkataan dalam hitam putih pulak tu. Sakit juga mata. Paling memeningkan apabila baca pasal HTML, XML dna CSS. Lagilah pening.

Sambil mengisi masa lapang, aku muat turun video-video, klip-klip menarik dan gambar-gambar berkaitan projek yang sedang aku jalankan. Ceh, bunyi macam projek besar la pulak. Tengah layan buat benda ni, blogger (blogspot) buat hal pulak. Nak upload template pulak tak boleh. Asyik error saja. Biarlah dulu. Nasib baik nak buat post baru boleh lagi.

Tiba-tiba, teringat pulak nak chat. Apa lagi, pergi ke KampungChat la. Nak praktikkan apa yang pernah dilakukan oleh Bro Adi. Tapi, yang dia punya tu, bot punya la. Auto, untuk kegunaan di MiRC. Tak payah taip sendiri. Langkah pertama, pilih nama cun – gadis perindu. Baru je masuk, lepas bagi salam, terus berlambak nak chat. Memang yang nak chat tu dasar gatal sikit la. Tak kira la apa yang ditanya, lebih kurang macam ni la yang aku tulis:

Hi.
Saya budak area klate.
Sudi tak tukar gambar dengan kita?
Kalau sudi bagi la emel, nanti kita hantar.

Ada yang bagi emel, ada yang takde emel dan bagi nombor handphone. Tak kira apa yang dia tulis lepas tu, aku dah tak tahu dan tak ambil tahu. Sebabnya, selepas dapat emel, aku terus masukkan nama-nama tersebut dalam “ignore member”. Tak kurang juga yang memulakan bicara dengan kata-kata lucah. Macam biasa, aku tulis sahaja ayat di atas. Ada dalam lebih kurang lima puluh orang yang nak berbual dengan aku. Semuanya dimulakan oleh mereka-mereka itu. Apa nak jadi la? Yang paling kelakar dengan mamat yang mengaku Arab ni. Di bawah adalah screenshot perbualan aku dengan orang tersebut.

Apa yang aku buat dengan emel tu? Entahlah. Buat koleksi dululah. Nanti nak guna, aku gunalah. Bukan nak hantar gambar pun. Kata orang, TAK HINGIN AKU!

beliamuda: sakit bahu aku nak tulis ayat kat atas tu berulang kali… sejam lebih terbuang.. haish…

Boy goes home after years in ICU

BACHOK: A boy who spent six years in the intensive care unit of the Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) due to bronco-pneumonia and breathing difficulties was allowed to go home to his family yesterday.

Muhamad Hanif Hashim, who was diagnosed with the illness when he was 15 days old, returned to his house in Kampung Wakaf Aik although he still needs to use a breathing aid.

“We hope that with good care and with the training provided by the hospital, he can have a safe life,” said HUSM director Dr Saidon Kamari in his speech at a ceremony to hand over the boy to his family and to set up the Help Hanif Fund. His speech was read by the hospital’s pharmacy director Noranini Abu Samah.

Muhamad Hanif was first treated at the Raja Perempuan Zainab II Hospital before being referred to HUSM.

Dr Saidon said training was provided to his family on how to care for him and on how to use the breathing aid.

“If the (breathing) aid is spoilt for even five minutes, he could die,” he said. – Bernama

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/21/nation/22136421&sec=nation

Ketika terbaca kisah ini, teringat balik pengalaman semasa Doctor Youth Programme di USM, 25 dan 26 Jun 2006. Teringat pengalaman semasa berada di sana. Semua peserta dibahagikan kepada empat posting. Tiba-tiba teringat pulak, wad mana aku pergi dulu ya? Bila belek balik buku catatan time program tu, second posting kat wad ICU – Wad 1 Mutiara.

Bila amati balik buku tu, terpandang satu nama yang sama dengan nama dalam berita di atas. Ya, adik Haniff Hashim. Pesakit yang sama. Memang time tu, bila tengok keadaan adik Haniff memang menyedihkan. Saluran pernafasan adik Haniff memang tak lepas daripada alat ventilator. Even untuk makan (minum susu) pun, agak sukar sekali. Lebih mendebarkan time tu, alat ventilator adik Haniff hampir tercabut. Nasib baik nurse cepat bertindak. Merujuk kepada tag adik Haniff, dia telah dimasukkan ke situ sejak 30 Jun 2006 lagi. Akhirnya adik Haniff dibenarkan pulang juga. Harap keadaan adik Haniff bertambah baik. AMIN.