Category: Isu semasa

  • Kenapa Tidak Dapat Menyemak Keputusan PMR 2011 Melalui mySMS?

    Salam sejahtera buat semua.

    Result PMR 2011 SMS

    Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, wujudnya masalah berkaitan dengan semakan keputusan PMR 2011 melalui mySMS terutamanya pada hari pertama keputusan diumumkan. Ada beberapa komen yang mengatakan mereka (merujuk kepada pelajar Tingkatan 3) tidak dapat melakukan semakan dan tiada respon yang diberikan selepas SMS dihantar.

    Saya ada juga cuba menghantar SMS mengikut format yang telah dsediakan oleh mySMS dengan menggunakan maklumat palsu. Namun, respon yang diberikan ialah pihak berkenaan sedang mengalami masalah teknikal. Itupun setelah hampir sejam barulah mesej tersebut berbalas.

    (more…)

  • Wang Kertas Ringgit Malaysia Siri Baharu 2012

    Salam sejahtera buat semua.

    Wang Kertas Ringgit Malaysia Terbaru

    Hari ini ramai rakan-rakan di Facebook yang berkongsi gambar Wang Kertas Malaysia Siri Baharu yang dikatakan akan mula digunakan bermula Julai 2012. Nampaknya lengkap juga rekaan wang kertas terbaru yang menyerupai rekaan not RM50 yang sedang digunakan sekarang ini.

    Dengan perkembangan ini juga, diharap bagi yang masih berkongsi gambar not RM50 edisi SUKOM 98 dengan mengatakan ianya adalah edisi duit RM50 terbaru dapat berhenti daripada menyebarkan info yang salah. Sudah lama sangat khabar angin tipu itu bertiup. Masih ramai juga yang percaya dengan dakwaan tersebut.

    (more…)