Pendrive Paling Kecil daripada Kerbau

Salam sejahtera untuk semua.

Kerbau? Ada apa dengan kerbau? Ada ke dia keluarkan pendrive sebelum ni? Main lumpur dia tahu la kan… Hmm… pelik betul ni. Apa sudah jadi. Kerbau di atas tu sebenarnya merujuk kepada syarikat yang mengeluarkan pendrive terkecil di dunia dengan saiz storan yang besar. Rasanya korang dah boleh agak nama syarikat tu kan? kan2?

Continue reading

Patutkah Kita Membeli Maxis iPhone?

Pada hari Khamis yang lepas, aku ada menerima satu mesej ringkas daripada Maxis berkenaan tawaran pembelian iPhone yang secara eksklusif dibawa masuk oleh Maxis. Sebenarnya, aku telah mengetahui lebih awal tentang tawaran itu melalui blog saudara Amanz. Secara rasminya, Maxis telah melancarkan Apple iPhone 3G untuk pasaran Malaysia pada Jumaat,  20hb yang lalu. Sebenarnya, ramaikah yang akan mengambil peluang dengan tawaran tersebut? Buat masa ini, Maxis adalah satu-satunya telco yang membawa masuk iPhone ke Malaysia, namun pada bulan Jun ini berkemungkinan telco lain akan turut menawarkannya (twitter).

iValue Plans

Maxis telah menyediakan 8 pelan untuk iPhone 3G yang dipanggil iValue Plans yang dibahagi kepada dua iaitu untuk kontrak selama 12 bulan dan juga 24 bulan. Harga untuk iPhone 3G bermula daripada RM0 hingga RM1900 untuk 8GB dan RM260 hingga RM2290 untuk 16GB.

Kesemua iValue Plans melibatkan pakej penggunaan data untuk 500MB sehingga 3GB sebulan. Berbanding Maxis Value Plus Plans, kadar panggilan (baca: voice rate) dan caj SMS untuk iValue Plans jauh lebih mahal.Apple iPone Maxis

Adakah iPhone 3G sesuai untuk anda?

Disebalik segala fungsi menarik yang ditawarkan oleh Apple iPhone 3G, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan fungsi:

  • Tidak boleh mengalihkan pandangan semasa sedang menaip pada iPhone kerana skrin sesentuhnya yang sensitif (kemungkinan tersalah taip sangat tinggi).
  • Tidak boleh menaip dengan sebelah tangan seperti telefon bimbit biasa kerana saiz masalah capaian oleh ibu jari untuk menaip.
  • iPhone tidak menyediakan fungsi SMS forward.
  • Tidak boleh memindahkan fail melalui bluetooth iPhone kerana ia tidak menyokongnya.
  • Tidak boleh copy and paste (fungsi kegemaran aku, terutama untuk salin ayat-ayat yang panjang dalam mesej atau untuk tambah nilai).
  • Tidak menyokong rakaman video.
  • Tiada flash pada kamera.
  • Pembesar suara yang kurang “mengaum”.
  • Bateri tidak boleh diganti kerana ia adalah bateri terbina dalam iPhone.
  • Tidak menyokong animasi Flash dalam laman web.

Mungkin ada antara anda yang tidak kisah dengan kelemahan tersebut. Tapi, anda perlu tunggu dahulu kerana perisian terbaru untuk iPhone iaitu iPhone OS 3.0, yang mana bakal memperkenalkan lebih daripada 100 fungsi menarik. Versi yang digunakan dalam iPhone yang ditawarkan oleh Maxis sekarang ialah versi 2.2. Bagaimanapun, iPhone OS 3.0 adalah percuma untuk kesemua pengguna iPhone.

Lagipun, terdapat kemungkinan versi terbaru iPhone bakal dikeluarkan tidak lama lagi (Mac Buyer’s Guide). Bagi yang sudah lama terkeliur untuk membeli iPhone, tiada masalah untuk anda terus membeli. Anda sebagai pengguna lebih berhak untuk memilih. Mungkin untuk dipertonton kepada rakan-rakan anda :-).

[kredit untuk LiewCF]

beliamuda: aku pernah tengok iPhone yang dimiliki oleh Abu Ghaly, seorang pelajar Mesir yang berada dalam kursus yang sama dengan aku… aku lebih berminat untuk memiliki Nokia N82.