Tarikh Pelancaran Novel Sutera Bidadari semasa PBAKL 2011

Salam sejahtera buat semua.

RAMFC FB Sutera Bidadari

Menurut sumber berita daripada FB RAMFC, novel Sutera Bidadari akan mula didapati pada hari pelancaran novel tersebut di Pesta Buku Antarabangsa 2011, seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Untuk makluman, tarikh pelancaran novel tersebut adalah antara 30 April dan 1 Mei 2011. Turut diberitahu, buku tersebut baru sahaja siap dicetak.

Continue reading

(Cover) Novel Sutera Bidadari oleh RAM

Salam sejahtera buat semua.

COVER SUTERA BIDADARI

Apa yang korang perhatikan di atas ialah cover bagi novel Sutera Bidadari hasil karya terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) yang bakal didapati semasa PBAKL 2011 nanti. Cuma bilakah tarikh tepat novel ini akan berada di rak buku semasa pesta buku tersebut berlangsung masih belum diketahui.

Gambar kulit buku ini telah diberi keizinan untuk disiarkan oleh RAM di blog rasmi peminat RAM. Kredit kepada mereka untuk gambar ini.

Continue reading

Novel Interlok untuk KOMSAS Tingkatan 5

Salam sejahtera buat semua.

Novel Interlok

Ketika balik ke kampung semasa perayaan Tahun Baru Cina tempoh hari, saya telah berkesempatan untuk membaca novel Interlok. Novel Interlok adalah salah satu novel kajian yang merupakan komponen dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) untuk Tingkatan 5.

Novel inilah yang telah menimbulkan kontroversi apabila dibangkang penggunaannya oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan isi kandungan dalam novel. Saya tak sempat pun membaca hingga sampai ke bahagian yang diperkatakan tu.

Continue reading

Novel Rayyan Fantasi oleh Ramlee Awang Murshid

Salam sejahtera buat semua.

Cover Rayyan Fantasi

Apabila diingat kembali kali terakhir Ramlee Awang Murshid (RAM) mengeluarkan novel thrillernya iaitu Cinta Sufi, ianya hanya enam bulan yang lalu. Soalan pertama yang pasti ditanya, dah habis baca ke belum novel tu? Hehe, saya belum lagi berkesempatan menghabiskan pembacaan novel tu. Nampaknya nak kena habiskan cepat-cepat ni, baru boleh sambar novel Rayyan Fantasi pulak.

Rayyan Fantasi telah pun siap ditulis oleh RAM pada 4 Oktober 2010 yang lalu. Mengikut RAM, novel ini mengambil masa hampir tujuh bulan untuk dinoktahkan. Akhirnya, penerbitan novel Rayyan Fantasi telah pun semakin hampir.

Continue reading