Salam sejahtera buat semua.
Saya tidak pernah kenal dengan Bunga Alpinia. Apatah lagi kapal MT Bunga Alpinia milik MISC yang semalam telah terbakar di PETRONAS Methanol Labuan.
Kebakaran yang terjadi semalam dikatakan berpunca daripada sambaran kilat sewaktu proses memuatkan kargo yang telah hampir penuh. Methanol merupakan bahan kimia yang mudah terbakar. Percikan api yang kecil sudah cukup untuk menyebabkan kebakaran terjadi.
Gambar di cerobong asap Bunga Alpinia itu seperti sudah biasa dilihat. Kalau tak silap, ianya melambangkan MISC (kalau salah, tolong betulkan). Sebelum ini saya pernah melihat dua kapal LNG milik MISC iaitu Seri Bakti dan Tenaga Lima. Kedua-duanya juga menggunakan gambar yang sama pada cerobong asap.
Kebakaran yang terjadi di kapal MT Bunga Alpinia sedikit sebanyak memberi faham dan kesedaran mengapa para jurutera kapal menjadi kelam kabut apabila siren kebakaran berbunyi. Sudah dua kali saya berada dalam situasi dimana siren kebakaran kapal LNG NWS Seaeagle yang berbunyi secara tiba-tiba.
Walaupun tangki kargo kosong semasa kejadian berlaku, ianya sudah cukup untuk memberi gambaran betapa kebakaran adalah sangat berbahaya jika terjadi di atas kapal yang membawa muatan mudah terbakara seperti LNG dan methanol.
Inilah risiko yang dihadapi oleh para krew yang bekerja di atas kapal seperti ini dan mana-mana medan berkaitan bidang minyak dan gas. Sebab itulah keselamatan perlu diletakkan di tahap paling tinggi.
beliamuda: Al-Fatihah buat krew kapal yang terkorban dalam tragedi Bunga Alpinia.
al fatihah