Tag: NWS Seaeagle

  • Gugurnya Bunga Alpinia di PETRONAS Methanol Labuan

    Salam sejahtera buat semua.

    Bunga Alpinia Terbakar

    Saya tidak pernah kenal dengan Bunga Alpinia. Apatah lagi kapal MT Bunga Alpinia milik MISC yang semalam telah terbakar di PETRONAS Methanol Labuan.

    Kebakaran yang terjadi semalam dikatakan berpunca daripada sambaran kilat sewaktu proses memuatkan kargo yang telah hampir penuh. Methanol merupakan bahan kimia yang mudah terbakar. Percikan api yang kecil sudah cukup untuk menyebabkan kebakaran terjadi.

    (more…)

  • Misi Semakan Gelung Projek Atas Kapal

    Salam sejahtera buat semua.

    CA100 dan Walkie Talkie

    Setelah hampir sebulan sibuk dengan urusan pemasangan dan modifikasi sistem untuk projek atas kapal nombor 1 di Singapura, fasa kedua bermula apabila keseluruhan sistem berjaya dihidupkan dengan bekalan kuasa UPS.

    (more…)

  • Mumble-less Monday #24: Pasal PETRONAS

    Salam sejahtera buat semua.

    Suria KLCC dan Menara Berkembar PETRONAS

    Ramai pulak rakan-rakan yang berkongsi tulisan Reuters mengenai laporan khas berkenaan PETRONAS. Bahan bacaan yang tidak boleh dihadam begitu sahaja. Patut dibaca oleh rakyat Malaysia.

    Minggu lepas ada dapat panggilan temuduga daripada PETRONAS di Miri. Panggilan telefon masuk di kala sibuk dengan misi Helang Laut. Ringkas percakapan diantara kami yang berakhir dengan penolakan saya terhadap panggilan temuduga tersebut. Belum tiba masanya lagi.

    (more…)

  • Anda Sedang Mencipta Sejarah!

    Salam sejahtera buat semua.

    NWS Seaeagle

    Setiap manusia yang hidup di atas muka Bumi ini mempunyai sumbangan masing-masing dalam mencipta sejarah. Apa yang membezakan adalah sama ada sumbangan tersebut merupakan sesuatu yang akan dibanggakan di masa depan ataupun menjadi suatu titik hitam yang akan dikeji oleh generasi seterusnya.

    (more…)