Panggilan Jual Insurans Daripada Nombor +60320366888 dan +60327874200

Salam sejahtera buat semua.

Telephonists!

Semalam, saya dikejutkan dengan panggilan daripada dua nombor iaitu +60320366888 dan +60327874200. Panggilan daripada nombor pertama tidak dijawab kerana saya sedang menunaikan solat. Selepas itu masuk pula panggilan kedua daripada nombor berlainan.

Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk menjawab nombor yang tidak dikenali ini kerana ianya akan menyebabkan saya dikenakan caj. Untuk pengetahuan, saya sekarang berada di Singapura. Maka, nombor talian henpon saya berada dalam roaming.

Sebaik sahaja mendengar pemanggil memperkenalkan diri dan menyebut dengan tepat nama saya, terus saya mencelah dan menjelaskan keadaan saya dengan sedikit marah. Mana tidaknya, panggilan dibuat semata-mata untuk mempromosikan insurans.

Selepas itu si pemanggil memutuskan talian (saya tidak ingat sama ada dia ada meminta maaf atau tidak). Nombor pertama juga dikenalpasti menjual insurans berdasarkan carian di Internet.

Saya musykil, daripada mana mereka mendapat maklumat diri saya (nama penuh dan nombor telefon). Terdetik juga mungkin pihak bank yang memberikan maklumat kepada mereka, sama ada mereka daripada syarikat induk yang sama ataupun maklumat tersebut dijual.

Mesti ramai lagi pengguna di luar sana yang turut mendapat panggilan yang serupa. Saya sendiri sebenarnya sudah banyak kali mendapat panggilan yang serupa.

beliamuda: Panggilan sebegini sangatlah mengganggu dan mendesak sebenarnya…

Comments

25 responses to “Panggilan Jual Insurans Daripada Nombor +60320366888 dan +60327874200”

  1. Kujie Avatar

    samalah….baru2 ni waktu bercuti dpt panggilan jual insurans
    rasa terganggu – so kak jie berterus terang bagi tau saya sedang bercuti dan tidak ingin diganggu.

    dua tiga hari lepas tu dpt panggilan dr bank, menawarkan personal loan….sebenarnya kita ni kalau berhutang tak bayar2, bank cari, kalau akaun cantik, tiap bulan jelaskan instalment kereta dgn disiplin pun bank cari….cari pujuk rayu suruh berhutang lagi.

    1. beliamuda Avatar

      @Kujie, Mungkin ada kaitan jugalah apa yang Kak Jie sebut ni. Baru-baru ni ada buat transaksi dengan berkaitan dengan bank. Tak lama lepas tu terus dapat call promo macam ni.

  2. Ekal Avatar
    Ekal

    Salam, saya pun dapat panggilan macam ni, tak cukup tu dapat sms juga untuk buat “loan” saya ada ‘plan’ untuk buat laporan polis dan menyaman pihak bertanggungjawab “mengenakan” saya.

    Tapi saya takut, saman tu tak boleh menang, andainya boleh menang, memang saya nak buat.(yelah nak upah peguam bukannya 2-3 ratus) tapi kalau saudara plan nak saman, saya nak ikut serta.

    1. beliamuda Avatar

      @Ekal, Cukuplah sekadar laporan polis dulu kalau rasa nak buat. Saman tu mungkin kena tunggu lain-lain individu yang mahu bertindak sama.

  3. Ekal Avatar
    Ekal

    Ini ada berita terkini, jam (10.30 pagi 12.06.2012)ada pompuan call aku, dia mendakwa dirinya daripada biro angkasa, dia sibuk tanya aku buat loan bank rakyat berapa puluh tahun, betul ke aku buat 20 tahun.
    PELIK! mana dia tahu! memang aku pinjam pun, tapi taklah sampai 20 tahun.
    Aku syak ada individu yang menjual maklumat peribadi. ‘Something action’ mesti diambil kepada mereka ni. Entah betul, entah tidak dari biro angkasa. Zaman sekarang ni, dapat no akaun pun cukup untuk diaorang “kosongkan akaun” kita.

  4. […] ini saya ada kongsikan panggilan jual insurans daripada dua nombor yang berbeza. Kali ini, lagi dua nombor telefon berbeza membuat panggilan untuk tujuan yang sama iaitu […]

  5. il@ Avatar
    il@

    saya dlm bln ni da brape kali ada no.sprti di atas call.tu yg search kt tenet.takut nk angkat.byk kali call.ganggu btul nk wt keja.cm nk wat report je.

    1. beliamuda Avatar

      Silakan buat. Semoga faedahnya dapat dirasai semua.

  6. NICOLE SUMBING PRUDENTIAL Avatar
    NICOLE SUMBING PRUDENTIAL

    Aku pun dah dapat call dari no ni…tapi disebabkan aku tahu jugak cara nak menipu,so dorg pun kena la balik..nama agen : fazli (pondan agaknya) dari celcom prudential nak jual hospital income rm45..if dapat call mcm ni korang layan aje sampai dia habis cakap..pastu buat2 tanya soalan mengarut la dekat 10 minit…bila dorg tanya nama/no ic/alamat korang layan aje…tapi bila dorg mintak payment method jgn bagi!!korang putar je balik cakap/tanya macam2…masa tu dorg akan push utk close deal…korang sabar je,layankan aje…tapi jgn sesekali bagi no debit card/credit card…bagi je alasan apa apa pun…if xde payment method,deal xkan jadi…
    bila aku siasat balik ngan kawan2 aku yg keje telekom,nombor ni dimiliki oleh UTS NETWORK SOLUTIONS,BANGUNAN KWSP,JALAN CHANGKAT RAJA CHULAN,KUALA LUMPUR!!so aku pun pegi bangunan tu dan mmg ade company tu…DAN MMG MENGEJUTKAN KERANA COMPANY NI ADALAH TELEMARKETING..tapi yg bangangnya masa telefon takde plak mention pasal UTS NETWORK SOLUTION???ini memang aku syak syarikat menipu ni…WAHAI KAWAN2,SILA PEGI KE BANGUNAN KWSP TU UTK SIASAT SENDIRI…nak rembat duit orang cara halus…
    WALAU APA PUN JANGAN BAGI SALES KEPADA COMPANY INI!!!BIARKAN COMPANY INI BUNGKUS KERANA MENIPU!!!KAHKAHKAH

    1. beliamuda Avatar

      Terima kasih diatas perkongsian ini.

    2. Anony Avatar
      Anony

      meh sini aku rembat kepala ko sikit. await yg bangang sgt tuh. dlu aku pnah keje kt UTS as a TSR jgk. sekarang aku masih lg TSR tap kali ni in-house dkat Prudential. aku jual product Prudential, “Enhanced Hospital Income Plan”. jenis ko ni melayu mkn belacan mne nk fikir bnde2 cmni. UTS Marketing&Solution ni outsource, insurans company(client) “AIA, Prudential, Tokio Marine, Chartis dll.” park product dorg kt situ. Database customer (i.e : nama, phone number) bank yg provide, korg sendiri yg setuju utk terima panggilan bg tujuan pemasaran silang, direct selling n tujuan promosi sahaja. sbelum sign form nk buka acc tu baca T&C dlu bingai. ade yg bank provide, ade telco company provide mcm Celcom, Maxis. n ade jgk dari bonuslink pnye customer. tapi info customer ni sgt lah di jaga dgn rapi, mne2 contact center pon sama, kami tak dibenarkan membawa pen dan kertas masuk atau keluar dari call floor. klau dorg dah ade valid thru no.(utk pastikn kad masid valid) n 16digit debit/credit card no.(utk buat semakan dgn bank dan deduction) korg skali pon, dorg blum boleh buat deduction. deal tu blum close lagi selagi dorg tak bacakan Proviso(Akad pembelian). lpas dorg bacakan 1 compulsary statement n korg cakap SETUJU, then dorg akan bacakan exclusion statement smpai hbis 1 muka surat,klau takda objection, tamatkn panggilan bru dorg submit sales tu, pastu QA akan dgr dlu tgk sama ade pending atau tidak, klau pass QA baru la boleh buat deduction dlm masa yg terdekat n lpastu hantar polisi kontrak. itu prosedure dye paham ?? mana2 insurans company yg menjalankn telemarketing ni di kawal selia oleh BNM, sebab insurans ni dibawah Biro Pengantaraan Kewangan. lpastu cuba pkai otak sikit. katekanlah aku ni individu yg menjalankan penipuan, aku dah dpt number valid thru n 16digit dc/cc no. aku masih perlukan pin number dan kad tu sendiri utk aku bawak kluar duit melalui mesin atm. klau aku nk buat transaction online plak aku kne ade C.V.V number(no. 3 digit dibelakang card) utk membuktikan aku ade kad tu secara fizikal. tak pnah bli brg kt e-bay, amazon ke ?. mmg kdg2 TSR ni suka push customer utk bli produk dorg, tap TSR plak kne push dgn Teamleader yg bangang tu utk dptkn sales tiap2 hari. TSR plak ade target n KPI dorg. cuma ape yg aku boleh ckp klau ejen insurans boleh close 2,3 sale sebln. kami Tele-consultant ni boleh close 3-4 sale sehari. ktorg ni promote insurans je, bknnye gores dan menang ke, dpt kereta sebijik ke, travel agency ke. klau awk tu mmg kaya dan tak pernah sakit/accident, tak perlu la amik. tapi klau agak2 awk tu gaji 2,3 ribu je sebln, Malaysian plak tu, ape la slh spend 50ringgit utk perlindungan. skang tgh sehat bley cite, kang dah jadi itu ini baru nk cari insurans ? time tu awk tak pyh la reject insurans, insurans yg reject awk. pastu msuk la Bersamamu, minta bantuan, minta ihsan org ramai.

    3. Anony Avatar
      Anony

      lupa plak, mmg la dorg tak mention ape2 psl UTS(United Tele Services). sbb UTS ni 3rd party, bkn insurans company. UTS ni cuma call center je. org tak tau n tak pnah dgr pn UTS ni kecuali yg kerja kt sana. dorg akan cakap dorg buat panggilan trus dari insurans company tu sendri. cuba klau dorg ckp dorg call dari UTS tiba2 promote insurans AIA, tak ke pelik. lagi la customer insecure, nk2 plak dpt customer bangang cm ko ni cmne gak2 dorg nk explain nnt. klau menipu takde la UTS tu ade branch kt KJ, Menara UOA, Menara Minx, Plaza See Hoy Chan, Menara KWSP. klau rasa korg boleh menang, pegilah saman.

  7. Akal berfikir & mulut bicara Avatar
    Akal berfikir & mulut bicara

    Untuk pengetahuan anda semua pengunaan kad ‘point’ tak kira untuk pembelian barang di sesuatu tempat memerlukan kita untuk mendaftar, isi borang dan segala bagai. disitu bermulalah segalanya…

    Dari satu pihak ke satu pihak lain, maklumat-maklumat kita di JUAL. Maklumat pada zaman ini, merupakan ASET yang tidak ternilai bagi SYARIKAT tertentu yang akan menggunakan maklumat kita ini sebagai salah satu PENDAPATAN MAYA.

    Jadi, berhati-hatilah ketika mendapat panggilan telefon dari mana-mana pihak yang kenal BUTIR-BUTIR diri kita ini. Jangan beri sebarangan no akaun, no belakang kad bank (debit) atau apa juga maklumat yang tidak pernah anda ketahui APA TUJUAN MEREKA.

    1. beliamuda Avatar

      Terima kasih diatas perkongsian yang sangat berharga ni.

  8. […] Memetik komen daripada Akal berfikir & mulut bicara dalam entri panggilan telefon daripada penjual insurans: […]

  9. faez Avatar
    faez

    saya juga kerap kali mendapat panggilan dari no nih..cuma mungkin kita boleh dapatkan pendapat mana2 pihak berkuasa bagi membendung perkara ini.. mmg terganggu apabila bertubi2 dapat panggilan dari no niih..

    1. beliamuda Avatar

      Saya pasti pihak berkuasa pun tidak mempunyai bidang kuasa yang jelas untuk mengawal perkara macam ni.

  10. echa uts Avatar

    Klau u ol rase kami buat penipuan, kami dah kena tangkap oleh pihak polis. Siasat la dulu. Jgn buat pragai mcm budak2. Tutup periuk nasi org y bkerja disitu . Allah je y akan balas kjahatan n kbusukan hati siape y keji tu ! Amin…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge