Salam sejahtera buat semua.
Sejak kebelakangan ini, sudah beberapa kali saya dapat panggilan daripada agen insurans yang ingin menawarkan insurans “menarik”. Walaupun saya tidak sempat mendengar tawaran insurans yang ingin dijual, namun melalui jangkaan awal dan carian di Google, sudah boleh diagak modus operandi mereka.
Sebelum ini saya ada kongsikan panggilan jual insurans daripada dua nombor yang berbeza. Kali ini, lagi dua nombor telefon berbeza membuat panggilan untuk tujuan yang sama iaitu 0320340777 dan 0320544672. Pemanggil memperkenalkan diri sebagai agen daripada AIA.
Saya tidak pasti dari mana mereka mendapatkan nombor telefon saya, tapi dengan sebutan nama penuh yang betul dan tepat, saya jangka ianya bukan daripada Internet kerana saya tidak pernah menyiarkan nombor telefon bimbit.
Mesti ramai lagi rakan-rakan pembaca di luar sana yang pernah mendapat panggilan serupa.
beliamuda: Kalau ada lagi panggilan macam ni lepas ni, mungkin saya tak teragak-agak untuk memanaskan telinga pihak yang membuat panggilan tersebut. Huh!

Leave a Reply