Emas Sebagai Simpanan dan Aset

Salam sejahtera buat semua.

Investing in gold, gold bars, gold bullion and gold coins

Sejak makin ramai rakan se-universiti yang mempunyai kerjaya masing-masing, makin banyak cakap-cakap mengenai pemilikan aset. Maklumlah, masing-masing sudah mempunyai sumber kewangan sendiri.

Beberapa bulan lepas, ada beberapa orang rakan yang membeli kereta baru untuk kegunaan seharian. Sakan jugalah mereka nampak gayanya terutama yang mendapat tawaran bekerja dengan PETRONAS. Saya hanya mampu tumpang gembira.

Memiliki aset seperti rumah dan kereta mungkin sedikit sukar buat yang baru mula bekerja. Bukan sedikit jumlah wang yang perlukan terutama untuk memiliki sebuah rumah. Mungkin membeli kereta adalah lebih senang dengan tawaran pinjaman penuh tanpa wang pendahuluan.

Ada satu lagi aset yang boleh dimiliki dengan hanya perlu mengeluarkan wang ringgit yang sedikit berbanding kereta dan rumah iaitu emas. Dengan keadaan harga emas semasa yang sentiasa berubah-ubah, membeli emas semasa harga berada paras yang rendah (subjektif) adalah tindakan yang bijak.

Kali pertama saya didedahkan dengan pemilikan emas ialah selepas mendengar pembentangan seorang rakan sekelas mengenai Dinar Emas. Walaupun pada masa itu saya agak skeptikal dengan pembelian emas, langkah pertama akhirnya berjaya dilaksanakan setahun kemudian.

Saya pasti makin ramai yang berminat dengan emas untuk dijadikan sebagai aset dan simpnanan. Lagipun, ramai juga yang berjual beli emas untuk mengambil keuntungan di atas perbezaan harga. Mengikut pandangan Dr. Zaharuddin, selagi emas dijadikan sebagai komoditi, ianya tidak akan dapat berfungsi dengan baik sebagai matawang. Sila baca lebih lanjut untuk memahami.

Konklusinya, adakah anda salah seorang di luar sana yang memilih emas sebagai aset simpanan anda?

beliamuda: Perak pun boleh juga…

3 thoughts on “Emas Sebagai Simpanan dan Aset

      • Assalammualaikum belimuda jika anda benar2 berminat dgn emas saya cadangkan anda dgn satu syarikat jual emas dgn harga murah tanpa upah tukang kalau nak gold bar 999.9 1gram pun dia jual bro… dinar &barang kemas, siver bar pun ada.tengok Fb, Kelana Eskay

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge