Salam sejahtera buat semua.
Kebosanan melanda diri. Kebiasaannya hujung minggu beginilah saya akan keluar ke mana-mana tempat yang mengadakan aktiviti menarik (di pusat bandar Kuala Lumpur). Tapi kini di Singapura, saya tidak tahu ke mana mahu pergi. Maklumlah, berseorangan je. Lagi dua orang rakan sekerja sejak semalam lagi sudah keluar melawat kawan mereka.
Lee dah pesan sebelum ni, kalau rasa nak keluar jalan-jalan di Singapura, boleh beli kad EZ-Link. Senang nak naik bas dan MRT untuk gerak ke mana-mana. Cuma saya tidak tahu di mana tempat yang menarik untuk dilawati. Lagipun, apartment tempat saya menginap sekarang ni ada menyediakan perkhidmatan shuttle bus (excursion bus) untuk beberapa lokasi strategik bagi kemudahan penginap di sini.
Korang ada cadangan lokasi yang menarik untuk dilawati dan boleh diakses dengan mudah menggunakan pengangkutan awam?
beliamuda: Apabila dah mula bergerak ke limbungan kapal (shipyard) nanti, setiap hari perlu kerja. Jadi, sehingga 1 Jun tiba, masih ada masa untuk diluangkan semasa hujung minggu.
Singapura kecik… tp banyak tempat menarik…
Manan Qayyim´s last blog about ..Travelog : Kuala Lumpur – Padang – Jakarta #Indonesia
@Manan Qayyim, Banyak eh. Boleh kongsi tak mana-mana tempat yang menarik tu? Kalau boleh, yang kos rendah tu paling diutamakan. Hehe…
bro, pe kata kalu try g Marina Sand Bay
@kimi, ouh, yang infinity beach tu ke? Bagaimana dengan kos kat situ?
Kat Singapura banyak tempat nak sembang. Yg murah pun ada. Tu pun tengok minat ko. Tak kan lah sampai skg ko x de member kat cni?
1. Klu minat gi gym leh gi gym kat stadium.. klu x silap cuma S$2.50. Aku dah lama x ke sana.
2. Klu nak gi pantai… tu lagi murah… x yah bayar… cuma tambang bas je.
3. Klu minat tgk bangunan lama2 leh gi Little India, Chinatown, Kampong Glam, Bugis, Boat Quay, Clarke Quay. Makanan x mahal sgt. Kena pilih lah.
4. Klu nak tgk wayang… gi je City Square kat JB… amik pasport trus ke CS. Cuma RM11 atau RM12. Aku slalu tgk movies kat CS.
5. Klu clubbing tu… mahal… buang duit dan masa je.
6. Klu minat trekking… leh trek Bukit Timah, gi Pulau Ubin…
7. Klu nak solat… byk masjid… Huhu…
8. Klu nak gi Marina Bay Sands (MBS) leh je… tapi x yah masuk casino… gi sana amik gambar dan window shopping je… leh jugak gi Kebun yg baru je du buka sebelah MBS.
9. Klu nak gi Pulau Sentosa leh gak… jln kaki masuk sana bayar $1. Klu naik tren Sentosa Express bayar $3. Lepas tu leh gi pantai free. klu yg lain kena bayar.
Klu nak nasihat no problems…
@Le Shah, Dah ada beberapa orang member kat sini, tapi komitmen kerja sekarang ni. Jadi payah sikit la.
Setakat ni dah sampai kat beberapa tempat di Singapura sebab ada sepupu yang kahwin dengan orang sini. Jadi, dialah yang bawa jalan-jalan.
Btw, terima kasih untuk senarai yang menarik ni. Ada beberapa tempat kat atas aku dah sampai. Hehe~
Bagus lah tu kalau dah de member kat cni. Jadi x bosan sgt.