Mumble-less Monday #25: Kad EZ-Link Singapura

Salam sejahtera buat semua.

Kad ezlink, sama macam kad TnG di Malaysia

Kad Ez-Link di Singapura lebih kurang sahaja dengan kad Touch ‘n Go di Malaysia dari segi kegunaan. Sejak minggu pertama saya berada di sini lagi saya telah diberitahu mengenai kad ini oleh rakan sekerja.

Namun, memandangkan tiada keperluan untuk menggunakan perkhidmatan awam pada waktu itu, saya tidak memiliknya. Akhirnya, saya membeli juga kad EZ-Link ini semalam di 7-Eleven dengan harga SGD10 (SGD5 untuk harga sekeping kad dan lagi SGD5 untuk baki nilai dalam kad).

Continue reading

Mood Bosan di Singapura

Salam sejahtera buat semua.

Singapore Merlion

Kebosanan melanda diri. Kebiasaannya hujung minggu beginilah saya akan keluar ke mana-mana tempat yang mengadakan aktiviti menarik (di pusat bandar Kuala Lumpur). Tapi kini di Singapura, saya tidak tahu ke mana mahu pergi. Maklumlah, berseorangan je. Lagi dua orang rakan sekerja sejak semalam lagi sudah keluar melawat kawan mereka.

Lee dah pesan sebelum ni, kalau rasa nak keluar jalan-jalan di Singapura, boleh beli kad EZ-Link. Senang nak naik bas dan MRT untuk gerak ke mana-mana. Cuma saya tidak tahu di mana tempat yang menarik untuk dilawati. Lagipun, apartment tempat saya menginap sekarang ni ada menyediakan perkhidmatan shuttle bus (excursion bus) untuk beberapa lokasi strategik bagi kemudahan penginap di sini.

Continue reading