Perjumpaan Khas Bersama Rakan CJ7 di KLCC Park

Salam sejahtera buat semua.

Putera CJ7

Apabila masing-masing semakin sibuk dan medium untuk terus berhubung hanyalah melalui penggunaan teknologi telekomunikasi dan Internet, perjumpaan dan bersua muka dengan rakan-rakan seperjuangan menjadi lebih bermakna dan lebih dihargai.

Kalau dulu boleh bertemu serampang dua mata setiap hari dengan rakan-rakan yang lain sama ada di asrama ataupun kelas, selepas tamatnya pengajian dan masing-masing telah membawa haluan sendiri, semua itu kini hanya tinggal kenangan.

Idea asal untuk perjumpaan di KLCC Park ini timbul kerana kedatangan seorang rakan dari Yaman yang pernah muncul dalam filem Papadom. Kedatangan Zaki ke sini adalah untuk menghadiri latihan syarikat (Schlumberger) yang disertainya berdekatan dengan kawasan KLCC.

CJ07 Badminton

Di peringkat awal, ramai jugalah rakan-rakan yang dirasakan dapat turut serta kerana ada beberapa orang yang bakal dan telah menyertai PETRONAS sedang menghadiri kursus latihan di Bangi. Namun, mereka rupa-rupanya tidak dibenarkan untuk meninggalkan kawasan kampus selama dua minggu berada di sana.

Lebih mengejutkan lagi apabila lapangan terbang Yaman terpaksa ditutup pada hari ini kerana terkena serangan dan bedilan. Memang keadaan di sana agak tidak stabil buat masa ini. Maka, Zaki tidak dapat membuat penerbangan dari sana ke Kuala Lumpur yang dijangka tiba pada 10 pagi, 8 April.

Makanya, hanya beberapa orang rakan sahaja yang akan ditemui pada hari esok. Mungkin kita harus menunggu sehingga ke waktu konvokesyen untuk berkumpul semula dengan rakan-rakan CJ7 yang lain.

beliamuda: Terisi juga waktu dihujung minggu. Hari ni dapat jumpa dengan Khairul Azhar (Jahar) dan Khairul Anuar (Penaberkala).

2 thoughts on “Perjumpaan Khas Bersama Rakan CJ7 di KLCC Park

  1. Pingback: Mumble less Monday #21: Nashunter Yang Hensem | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Bergambar di Bukit Larangan KLCC Park | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge