Makan Bersuap, Tapi Malas Nak Kunyah

Salam sejahtera buat semua.

Dokumen

Sejak seminggu kebelakangan ini, baru betul-betul terasa kesibukan seorang jurutera. Sudah berlalu dua bulan sejak saya mula bekerja di Yokogawa dan sepanjang tempoh itu, banyak benda baru yang telah dipelajari. Namun, masih banyak juga yang belum diketahui. Kini, status yang hanya “menyokong” telah bertukar kepada “terlibat secara langsung”. Moga dipermudahkan.

Itu nukilan ringkas sebagai penjelasan kenapa makin kurang kemaskini sejak seminggu yang lalu dan juga untuk masa yang akan datang. Setakat ini, hujung minggu dan cuti umum sahaja kesempatan masa yang ada untuk menulis di blog. Kalau terpaksa balik lewat pada hari kerja, peratusan untuk menulis agak rendah.

Sebaris ayat untuk dikongsi bersama-sama rakan pembaca setelah diolah semula daripada ayat asal yang saya tulis di status Facebook, iaitu “Makan sudah bersuap, tapi malas lagi nak kunyah. Manusia jenis apa kamu ini?

Kisahnya? Ada orang yang tidak tahu dan telah bertanya. Setelah diberi semua jawapan kepada persoalan yang diajukan, boleh pula dia malas nak hadam. Memang parah betul la manusia serupa ini. Orang dah tolong suap makanan kat dalam pun malas nak kunyah lagi. Agaknya nak suruh bagi terus kat dalam perut kot?

beliamuda: Panjang berjela jawapan ditulis, akhirnya dikata malas nak baca. Puii!

One thought on “Makan Bersuap, Tapi Malas Nak Kunyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge