Bergambar di Bukit Larangan KLCC Park

Salam sejahtera buat semua.

Bukit Terlarang KLCC Park

Terima kasih kepada Nashunter untuk gambar yang awesome ni! Boleh bayang tak macam mana posisi jurufoto tengah ambil gambar pada masa ni? Tertunduk-tunduk kat atas rumput untuk cari sudut gambar yang menarik.

Ada sebab kenapa saya memanggil lokasi tempat mengambil gambar ni sebagai Bukit Terlarang. Sebenarnya, tempat yang kami duduk semasa mengambil gambar tersebut adalah dilarang sama sekali untuk dinaiki apatah lagi dipijak.

Memang ada notis larangan tersebut, tetapi terletak di sebelah belakang kami yang mana kami tidak perasan pun semasa bergerak menghampiri ke kawasan tersebut. Kebetulan di sebalah kiri gambar (kawasan yang lebih rendah sedikit), ada sekumpulan muslimah yang sedang mengadakan usrah.

Bukit Terlarang KLCC Park 2

Kami hanya sedar kawasan tersebut adalah kawasan terlarang apabila ada seorang pak gad yang datang menghampiri kami dan meminta kami tidak mengambil gambar di kawasan tersebut. Nasib baik tak kena marah.

Sempat jugalah tangkap beberapa keping gambar termasuk dengan Nashunter sekali. Cuma Ponci je la yang terkilan sikit sebab tak sempat nak membuat aksi lompatan yang menjadi kegemaran dia apabila mengambil gambar. Padahal kaki tu sakit kalau terhentak sebab ada besi di dalamnya.

Sesi bergambar ni adalah salah satu aktiviti yang kami berjaya lakukan bersama sebagai sebahagian daripada rancangan perjumpaan rakan CJ7. Walaupun ramai yang tidak dapat dapat datang di saat-saat akhir kerana mempunyai urusan lain yang lebih penting, sekurang-kurangnya dapatlah juga kami bertukar-tukar cerita mengenai status terkini rakan-rakan yang lain.

beliamuda: Gambar daripada Alpha masih belum diselongkar lagi…

6 thoughts on “Bergambar di Bukit Larangan KLCC Park

  1. haha..damn rugi..nasib bek gambo lagi satu tuh aku lompat smart..hehe
    btw skt bukan sbb besi tuh..tapi lutut..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge